Tokoh
Guru K'saan Kini Tim.Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi Yang Baru
TAWAU: Tokoh
Guru Sabah 2011 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2012 Datuk Mary Yap Kain Ching, 62,
bekas pengetua cemerlang, merupakan tokoh pendidikan yang bukan sahaja dikenali
di Sabah, tetapi juga di seluruh negara.
Timbalan
Menteri Pelajaran I itu, yang juga merupakan Tokoh Maulidul Rasul Kebangsaan
2007, memulakan kerjayanya dalam pendidikan sebagai pensyarah Maktab Perguruan
Sandakan pada 1975.
Pada
1976, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau sebagai guru bahasa
Inggeris, dan pada 1983, berpindah ke SM Holy Trinity sebelum dilantik Ketua
Jemaah Nazir Sekolah Zon Tawau pada 1989.
Pada
1993, Mary Yap dilantik Pengetua SM St Patrick sebelum ke SMK Jalan Apas, Tawau
(1996), SM Vokasional Tawau (1996), SM Teknik Tawau (2003) dan kemudian menjadi
Pengetua Cemerlang.
Pada
tahun yang sama, Mary Yap menjadi Pengarah Maktab Perguruan Sandakan, dan
setahun kemudian menyandang jawatan Pengarah Maktab Perguruan Tawau sehingga
2005.
Penerima
Anugerah Wanita Cemerlang Sabah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) bagi tahun
2004, Mary Yap kembali ke SM Teknik Tawau pada 2005 dan dilantik Pengetua Super
berjawatan JUSA C.
Selepas
bersara, pemilik ijazah sarjana dalam bidang pendidikan dari Universiti Leeds,
United Kingdom itu menjadi perunding kanan Institut Aminuddin Baki selama dua
tahun dan beliau merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk
sekolah kluster.
Mary
Yap, yang pertama kali bertanding pada pilihan raya umum tahun ini, memenangi
kerusi Parlimen Tawau dengan majoriti 4,979 undi dalam pertandingan empat
penjuru.
Anak
seorang kerani, dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di Tawau itu turut
memiliki Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris Dengan Kepujian dan Diploma
Pendidikan pada 1974, serta memperoleh Sijil Trainer of Trainers melalui kursus
pendek di Universiti Manchester pada 1997.
Mary
Yap terus menyumbang baktinya kepada masyarakat dengan menyertai MPWS sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan selepas bersara.
Sejak
2009 hingga kini, beliau merupakan Ahli Pemegang Amanah Yayasan PINTAR di Kuala
Lumpur dan Penasihat kepada Sekolah Klaster Cemerlang di Kementerian Pelajaran
selain menjadi Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian
Malaysia.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan