9 CARA UNTUK
MENINGKATKAN KESUBURAN ANDA
1) Sentiasa berjaga-jaga dengan berat badan anda
Penghasilan beberapa hormon yang boleh
mengganggu proses ovulasi adalah disebabkan lemak badan berlebihan. Pengurangan
peluang untuk anda hamil kerana kitaran menjadi
kurang teratur dan kurang berovulasi.
Jika anda sedang cuba untuk hamil, kurang lemak
pada badan bermakna badan anda mungkin tidak menghasilkan hormon yang mencukupi
untuk mengovulasi setiap bulan atau untuk mengekalkan kehamilan.
Senaman boleh menolong untuk mengekalkan berat
badan yang sihat akan tetapi jangan terlebih melakukannnya. Wanita yang
bersenam dengan terlalu kuat seperti berlari dengan laju atau pesaing atlet
akan berhenti berovulasi atau kurang berovulasi. Peningkatan risiko keguguran
jika senaman berlebihan. Sebelum anda cuba untuk hamil berbincanglah dengan
doktor anda tentang rutin bersenam yang sesuai dilakukan.
2) Makan dengan betul
Sebelum anda cuba untuk hamil sentiasalah
memastikan bahawa badan anda akan kekal terpelihara. Pastikan anda makan banyak
protein, zink, Vitamin C kerana kekurangan nutrien sebegini telah dikaitkan
dengan pemanjangan kitaran menstrual oleh itu anda akan kurang berovulasi dan
mendapat risiko keguguran yang tinggi pada peringkat awal kehamilan.
Bagi mendapatkan zink dan beberapa vitamin yang
penting dan mineral, ambillah suplemen tambahan harian. Makanan yang penuh
dengan protein dalam diet anda seperti daging, ikan, produk tenusu yang rendah
lemak, telur dan kekacang. Pemakan sayuran boleh mendapatkan asid amino yang
lengkap dengan memasukkan kombinasi yang berperisa yang mengandungi makanan
protein seperti nasi dan ikan atau tofu separuh masak.
3) Berhenti merokok
Toksik dari rokok merosakkan telur wanita,
mengganggu kesuburan dan menyebabkan ovari anda terlbih matang. Ovari perokok
berusia 35 tahun berfungsi seperti ianya milik wanita berusia 42 tahun oleh itu
ia kurang subur. Merokok boleh merosakkan kesuburan anda tetapi jika anda tidak
merokok , anda akan mendapat fungsi ovari tersebut semula.
4) Kenali kitaran anda
Kitaran haid yang normal selalunya akan berakhir
dalam lebih kurang 25 hingga 35 hari (mula mengira pada hari pertama anda
haid). Anda boleh menjangkakan bahawa anda kurang berovulasi dan anda mungkin
perlu berjumpa dengan doktor anda jika kitaran anda agak lebih lama seperti 42
hari.
Lakukan persetubuhan secara tetap apabila anda
sudah bersedia untuk hamil. Pada hari ovulasi dan pada empat atau lima hari
sebelum merupakan hari kesuburan seorang wanita selalunya bukan selepas kitaran
haid anda. Jangan menjangka bahawa anda akan mengovulasi secara automatic pada
hari ke 14 kitaran anda. Ini kerana kajian mendapati bahawa proses ovulasi
berbeza secara dramatik bagi setiap wanita apabila ianya berlaku seawal enam
hari dan selewat 21 hari pada kitaran anda.
Bagaimanakah anda boleh mengenalpasti bilakah masa
anda berovulasi? Anda boleh mencuba kit ujian ovulasi dimana ianya akan
memeriksa beberapa hormon di dalam air kencing anda atau buat nota tentang
perubahan harian pada suhu badan basal dan mucus serviks.
5) Cari ketenangan
Tekanan dan kemurungan boleh memberikan kesan
terhadap kesuburan anda. Pakar berpendapat bahawa tekanan seperti senaman berat
boleh menghilangkan hormon pengeluaran menjadikan kitaran haid anda kurang
tetap. Anda boleh mempelajari bagaimana untuk mengawal stress melalui teknik
ketenangan atau mendapatkan nasihat daripada kaunselor atau kumpulan sokongan
agar mengembalikan hormon anda semula.
6) Kerap melakukan hubungan intim dengan pasangan
anda
Kehidupan harian yang sibuk telah melemahkan nafsu
seks anda, adalah lebih baik jika anda melakukan hubungan seks dengan lebih
kerap. Wanita yang melakukan hubungan seks (sekurang-kurangnya setiap minggu)
adalah lebih baik mudah menjangka kitaran haid mereka dan mempunyai ovulasi
yang normal berbanding wanita yang jarang melakukan hubungan seks.
Teori : Suami anda mengeluarkan hormon seks yang mempengaruhi
sistem reproduktif. Kekerapan melakukan hubungan seks boleh menolong anda untuk
cuba hamil. Bagi memberikan peluang kepada kesuburan anda adalah dengan
melakukan hubungan seks setiap 36 hingga 48 jam dalam beberapa hari sebelum
ovulasi. Anda mungkin boleh melakukan hubungan seks pada beberapa hari yang
lain sepanjang bulan kerana melakukan hubungan seks pada beberapa hari yang
tertentu akan menjadi sesuatu kewajipan kepada anda.
7) Berhati-hati dengan sebarang jangkitan
Anda perlulah berhati-hati dengan sebarang
jangkitan terutama sekali pada bahagian faraj. Jangkitan faraj yang umum boleh
berlaku kepada para wanita adalah Bacteria vaginanosis (BV). Tanda-tanda
jangkitan tersebut ialah bau yang kurang elok dan pembuangan yang berwarna
kelabu. BV yang tidak dirawat menyebabkan kelahiran pra matang, risiko
keguguran yang tinggi dan ketidaksuburan. Jika anda mendapati bahawa terdapat
simpton faraj seperti kegatalan, rasa terbakar, pembuangan yang tidak normal
dan rasa sakit berjumpalah dengan doktor anda. Jangkitan pada bahagian
pembiakan adalah sangat jarang berlaku akan tetapi adalah lebih baik jika anda
sentiasa berhati-hati kerana ia boleh memberikan risiko kepada kesuburan anda.
8) Lindungilah dengan ubat-ubatan
Pil pecegahan sebenarnya boleh meningkatkan
kesuburan anda. Bagi sesetengah wanita, pil tersebut adalah sangat penting
untuk memelihara kesuburan anda kerana ia dapat menyimpan dua masalah yang umum
iaitu endometriosis dan uterine fibroids dengan melambatkan pertumbuhan tisu
uterus. Dengan endometriosis, tisu uterus tumbuh di luar uterus dan menyebabkan
kejang yang menyakitkan dan selalunya akan membahayakan tiup filapio dan organ
lain. Fibroids uterus adalah pertumbuhan yang boleh menjadikan kehamilan anda
sukar atau mustahil. Kitaran anda akan kembali kepada corak pra pil dalam masa
sebulan jika anda mula berhenti mengambilnya.
9) Jangan memandang rendah terhadap kesihatan
pasangan anda.
Perkara yang sama boleh memberikan kesan kepada
kesuburan anda boleh memberikan kesan kepada kesihatan reproduktif suami anda
juga. Kesan kepada penghasilan sperma dan kemotilan (kebolehan untuk berenang)
adalah disebabkan rokok dan diet yang lemah. Kajian mengenalpasti bahawa
kerosakan kromosom di dalam sperma adalah disebabkan oleah asap rokok dan pengambilan
alcohol yang berat. Bagi menolong suami anda untuk menghasilkan sperma yang
sihat adalah dengan mendapatkan nutrien yang mencukupi setiap hari terutama
sekali vitamin E dan C dan mineral selenium.Penghasilan sperma yang sihat akan
mengambil masa lebih kurang tiga bulan jadi suami anda harus bersedia dengan
lebih awal.
Isnin, 29 April 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
==================================
BalasPadam==================================
TQ UNTUK CARA TINGKATKAN KESUBURAN
==================================
==================================
Terima kasih atas artikel yang bagus ni.
Memang lengkap dengan maklumat.
Selain keturunan, cara hidup tak sihat pun boleh sebabkan ketaksuburan. Makan banyak fast food. Berat badan obesiti.
Faktor makanan memang banyak beri kesan susah dapat anak. Nak subur pun kena makan makanan berkhasiat juga
lagi best Selain usaha cara fizikal, kita pun kena banyakkan doa pada Allah swt.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
CONTOH DOA DIDALAM AL QURAN UNTUK ZURIAT
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Doa untuk dapat zuriat, Doa Nabi Zakaria Surah Maryam ayat 4-5
“Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku.
Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu…”
Elok amalkan bersama Doa dari Surah Al-Furqan : 74
Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata:
“Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami
Perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.
===================================
3 TIPS MUDAH HAMIL SUAMI ISTERI
===================================
Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
(\(\
( -.-) RING3
o__(")(") DARI MAZNI
(\_/)
(='.'=) HELLO3
(")_(")
terima kasih atas infonya
BalasPadam