Kita
boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat
bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
“Wahai anak-anak Adam!
janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan
kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian
mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang
sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan
keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah
menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak
beriman.” (Surah Al-A’raf Ayat: 27)
Al
Hafiz Ibnu Hajar mengatakan,
“kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka
kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat
melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”
Al
Imam Asy Syafie r.a mengatakan
sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a
di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat
jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”
Walaubagaimanapun
dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jin dalam
bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
Nabi
Muhammad s.a.w menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintas baginga
sewaktu baginda sedang sembahyang, sebagaimana sabdanya yang bermaksud :
“Ifrit melintas di hadapan
aku semalam untuk mengganggu sembahyangku, Allah s.w.t membenarkan aku
sehingga aku ingin mengikatnya di pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh
melihatnya tetapi aku teringatkan perkataan / doa saudara ku Sulaiman, “ Ya
Tuhanku, kurniakanlah kepoadaku kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang
selepas aku.”
Di
dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:
· Keupayaan manusia melihat jin
adalah sesuatu yang mustahil. Firman Allah s.w.t yang disebutkan itu adalah
secara umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kebolehan yang diberikan
Allah untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman
boleh menaguasai jin.
· Menunjukkan jin itu tidaklah kekal dalam
bentuk asal mereka (api).
· Melihat Ifrit oleh Baginda Rasulullah s.a.w
adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana Baginda boleh juga melihat
malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat Jibril yang
mempunyai 600 kepak.
Manusia-manusia
yang lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada
Nabi-nabi berkenaan. Walaubagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat
melihat jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila kamu mendengar
kokok ayam, mintalah kurnia dari Allah kerana ia melihat malaikat dan apabila
engkau mendengar suara himar berlindunglah kepada Allah daripada gangguan
syaitan kerana yang dilihatnya ialah syaitan.” (AL Bukhari, Muslim, Abu Daud
dan Tarmizi)
Kelebihan
binatang-binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah
mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang
kita tidak dapat melihatnya. Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh
melihat matahari di waktu awam gelap. Burung hantu dapat melihat tikus di waktu malam yang
gelap gelita.
Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan