”Kebanyakkan
ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang
daripada mereka :
”Mengapa terjadi
sedemikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?”
Baginda RASULULLAH SAW menjawab: ”Tidak, mereka ini ialah
mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati SUAMI dan
tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya”
(HR Muslim)
Jom kita renungkan bersama
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
“Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu
datang berkelompok-kelompok.”
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah
ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, “Ya Rasulullah, apa maksudnya
ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana
inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak
apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan
memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11
golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
11 Golongan Ahli Neraka
·
Mereka yang tidak
mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran
tetangga.
·
Mereka yang menyerupai
babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima
waktu.
·
Mereka yang perutnya
besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi
mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
·
Mereka yang keluar
darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
·
Mereka yang berbau
busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli
atas penipuan.
·
Mereka
yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang
menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
·
Mereka
yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
·
Mereka yang keluar
dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah
balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
·
Mereka yang berwajah
hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan
harta anak yatim secara zalim.
·
Mereka yang kulitnya
penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang
berani melawan kedua ibu bapanya.
·
Meraka yang buta
matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga keperut,
dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman
keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
Mereka yang wajahnya
bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.
Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan
solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan