10 CIRI
LELAKI YANG BAIK
·
Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap
berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan
memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
·
Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas,
tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
·
Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan
peribadi dan hatinya yang mulia.
·
Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke
tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
·
Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan
tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
·
Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu
membelanjakan wang dengan bijaksana.
·
Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain
yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
·
Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara
hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat
demikian.
·
Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan
ibu bapanya.
·
Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau
membuat kerja atau masa kecemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan