Petua Untuk Hidup
Bahagia
1. Tinggalkan sifat PEMARAH - Paling mudah dikesan atau
dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang
mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
2. Tinggalkan sifat PENDENDAM - Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam
mudah kena sakit jantung.
3. Tinggalkan sifat HASAD DENGKI - Amalannya hangus
akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Tinggalkan sifat BAKHIL - Sentiasa merasakan
orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang
yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana
walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tinggalkan sifat TAMAK - Orang yang tidak puas
dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini
ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis
juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki
kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di
situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
Ahad, 28 April 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan