Kejutan Pada Hari
Penamaan Calon
Proses
penamaan calon sudah pun berakhir, bagaimanapun beberapa kejutan di beberapa
kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kejutan pertama
ialah apabila dua ahli DAP, dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai
calon Bebas.
Di Cheras,
penyandang kerusi DUN Teratai Jenice Lee dipecat oleh Lembaga Disiplin DAP
kerana bertanding sebagai calon Bebas dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk
mengemukakan rayuan.
Perkara yang sama
berlaku di Melaka, penyandang kerusi Kota Laksamana Sim Tong Him yang
bertanding menggunakan simbol DAP telah dipecat kerana mengisytiharkan dirinya
calon Bebas bagi kerusi yang disandangnya.
Sumber memaklumkan
Sim akan kekal sebagai calon DAP bagi kawasan Parlimen Kota Melaka walaupun
telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana beliau mendakwa belum
menerima surat rasmi daripada parti memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Umno turut memecat
bekas Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd
Shariff Omar kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Tasek
Gelugor di Pulau Pinang.
Difahamkan Mohd
Shariff bertanding sebagai calon Bebas yang menyokong Pakatan Rakyat di Tasek
Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua.
Satu lagi kejutan
berlaku apabila calon BN bagi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak
menyerahkan borang pencalonannya di Kelantan, sekaligus membuka sainfan satu
lawan satu antara Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan anak Nik Aziz, Nik
Abduh Nik Abdul Aziz.
Pengerusi BN
Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata siasatan terperinci akan
dijalankan mengenai sebab mengapa Che Johan gagal menyerahkan borang
pencalonannya serta strategi mereka yang seterusnya bagi kerusi berkenaan.
Bukan itu sahaja,
kejutan turut berlaku di beberapa kerusi apabila pemimpin kanan parti turut
menjadi calon Bebas.
Di Ipoh, kerusi
Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan saingan tiga penjuru dengn Naib Ketua Wanita
Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas. Sejak itulah beliau
mengumumkan keluar parti sekaligus melepaskan semua jawatannya dalam Umno.
Beliau akan
menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan calon PAS,
Dr Khalil Idham Lim Abdullah.
Di Kuala Lumpur,
Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR akan menghadapi saingan empat penjuru di
kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
Beliau akan
berhadapan dengan Tan Kok Eng (BN), serta dua calon Bebas, Mohd Sukeri Abdul
Mamat and Mokhtar Salahudin.
Di Pandan, bekas
Setiausaha Sulit Datuk Seri Ong Tee Kat, Allan Tan Yew akan bertanding sebagai
calon Bebas menentang calon MCA, Garry Lim dan PKR yang diwakili oleh Rafizi
Ramli.
Bukan itu sahaja,
saingan lima penjuru turut berlaku di Parlimen Batu. Penyandang kerusi, Tian Chua
daripada PKR akan berhadapan dengan calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, dua
calon Bebas iaitu, Atan Jasin, Nazariah Abbas serta Datuk Hashim Karim daripada
Berjasa.
Di Machang Bubuk
kerusi DUN di Bukit Mertajam bakal menyaksikan saingan epik enam penjuru di
antara Tan Kok Leah (Gerakan), Lee Khai Loo (PKR), ‘Datuk’ Dr Vicky Vikneswaran
(Kita) dan tiga calon Bebas, Datuk Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah dan
Ooi Suan Hoe.
Sementara itu
saingan antara PKR dan PAS turut berlaku di beberapa kerusi.
PKR meletakkan
Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard di DUN Sungai Acheh sementara PAS
meletakkan Ketua Pemuda PAS negerim Mohd Yusni Mat Piah.
PAS mendakwa kerusi
berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.
Chegu Bard akan
menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria
daripada BN.
Labuan turut
menyaksikan saingan tiga penjuru, dengan PKR meletakkan Tan Sri Ibrahim Menudin
yang akan berhadapan dengan rakan sekutu mereka daripada PAS yang meletakkan,
Hadnan Mohamad sementara Umno meletakkan calon muka baru, Rosman Isli.
Sumber : the star
Tiada ulasan:
Catat Ulasan