Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW
setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi?
Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa
baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
Rindu Nabi Muhammad
Terhadap Kita
Suasana
di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka
seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah
pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi
melafazkan pengakuan demikian.
Seulas
senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya
yang tenang berubah warna.
“Apakah
maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini
saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki
yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami
juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah
menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah
mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai
Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku
melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada
ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’
baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana
para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa
hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para
sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana
para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin
kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana
kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah
sahabatnya itu.
“Kalau
begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang
sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau
kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka
membaca Al Quran dan beriman dengan semua
isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan
tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah
berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku
sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah
seketika membisu.
Ada
berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Mari
kita menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Semoga
kita akan sentiasa merindui Nabi Muhammad S.A.W.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan