Daripada
Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nab Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya
aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan”
9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
·
Aku
telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan
yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang
perbuatannya disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
·
Aku
melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
·
Aku
melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG
TULUS IKHLAS kepada Allah.
·
Aku
melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka
jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya
oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.
·
Aku
melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi
satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
·
Aku
melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk di
sebelahku.
·
Aku
melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya,
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN
UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan
kepada tempat yang terang-benderang.
·
Aku
melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak
pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
·
Aku
melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan
kepalanya dari bahaya api tersebut.
Semoga kita mendapat
sesuatu pengajaran dari kisah 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan