Helikopter Terbalik,
Hishammuddin & Keluarga Selamat
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas
helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara
Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi pada Ahad.
Ketua Polis Negara
Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit
Aman di sini, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu
Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah
hari Ahad.
Beliau berkata
helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan
angin kencang melanda kawasan itu.
"Hishammuddin
menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di
Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
Hishammuddin
bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya
umum ke-13. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan