Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Selasa, 21 Mei 2013

10 Anggota Exco Negeri Sembilan Angkat Sumpah Esok


10 Anggota Exco Negeri Sembilan Angkat Sumpah Esok
SEREMBAN: Sepuluh anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang dipilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, esok.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata majlis angkat sumpah itu akan diadakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Mereka yang dinamakan sebagai Exco ialah ADUN Labu Datuk Hasim Rusdi, Abu Ubaidah Redza (Ampangan), Datuk Jalaluddin Alias (Pertang), Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (Serting), Datuk Ismail Lasim (Senaling) dan Abd Razak Ab Said (Gemas).
Turut tersenarai Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong), Tun Hairudin Abu Bakar (Bagan Pinang), Datuk Norhayati Omar (Pilah) dan L.Manickam (Jeram Padang).
Semua nama-nama tersebut telah dirujuk dan dinilai bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum dipersembah kepada Tuanku Muhriz dan diperkenan baginda, katanya dalam satu sidang media mengenai perkara itu, di sini Selasa.
Bagi porfolio yang akan dipegang Adun berkenaan, Mohamad berkata ia akan diputuskan dalam satu mesyuarat petang esok. "Keputusan dalam mesyuarat esok berkenaan Speaker akan kita bawa dalam persidangan pertama DUN untuk kita putuskan Speaker DUN," katanya.
Mengenai ketiadaan wakil Cina dalam senarai tersebut, Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata menerusi konsep terbuka yang diamalkan selama ini, beliau yakin kerajaan mampu memberikan perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini.
Ditanya sama ada pihaknya akan melantik penasihat kepada kerajaan yang juga akan bertindak mewakili kaum Cina dalam kerajaan negeri, beliau berkata buat masa ini ia belum ada keperluan.
Bagaimanapun, katanya, masyarakat Cina tidak perlu risau mengenai perkara itu kerana walaupun tiada wakil Cina dalam exco kerajaan, tidak bermakna kepentingan dan hal ehwal masyarakat itu akan dipinggirkan.
Pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi DUN.-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan