Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 22 Mei 2013

Kerugian Kontena Nasional: SPRM Buka Kertas Siasatan Jika Ada Unsur Rasuah


Kerugian Kontena Nasional: SPRM Buka Kertas Siasatan Jika Ada Unsur Rasuah
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan jika menerima laporan wujudnya elemen rasuah berkaitan kerugian RM19.2 juta yang dialami syarikat logistik terkemuka Kontena Nasional.
"Sehingga kini kita belum terima sebarang laporan, namun sekiranya kami menerima laporan oleh pihak tertentu, kami akan buka kertas siasatan," kata Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.
Media melaporkan NCB Holdings Bhd, syarikat induk Kontena Nasional Bhd, akan melantik perunding kewangan bagi memperbaiki pengurusan kewangannya dan mengambil langkah perlu mengikut saranan juruaudit.
Tindakan itu dibuat setelah Kontena Nasional mengalami kerugian RM19.2 juta tahun lepas meskipun syarikat berkenaan memperoleh beberapa perniagaan yang menguntungkan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan