Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Jumaat, 17 Mei 2013

Sistem undian PRU pilih kepemimpinan


Sistem undian PRU pilih kepemimpinan

Kuala Lumpur: UMNO sedang mengkaji kemungkinan mengguna pakai sistem pengundian pilihan raya umum (PRU) untuk memilih pucuk pimpinan parti pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Ini berikutan, seramai 146,500 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan terbabit dalam pemilihan kali ini. 
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata oleh kerana jumlah perwakilan ramai dan keputusan pemilihan perlu diketahui pada hari sama, UMNO perlu melihat pelbagai kaedah sesuai. 


Bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh pengurusan tertinggi UMNO.

Sistem mesti telus

Daripada 191 bahagian itu, ada yang mempunyai beratus-ratus cawangan. Jika hendak diadakan pemilihan, mungkin dewan pada peringkat bahagian tidak mencukupi dan kita mungkin terpaksa memasang khemah di luar dewan.

Bagaimanapun, sistem pemilihan mesti telus dan keputusannya mesti diketahui pada hari mengundi. Mungkin malam baru kita dapat tahu keputusan itu. Bagaimanapun, kita juga akan kaji sistem lain, katanya kepada BH semalam.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas di mana pusat penjumlahan undi jika sistem pengundian PRU diterima pakai.

Pemilihan pecah tradisi

Pemilihan UMNO tahun ini memecah tradisi kerana 146,500 perwakilan dari semua 191 bahagian seluruh negara akan memilih pucuk pimpinan parti, berbanding hanya 2,510 perwakilan sebelum ini.

Pada Disember 2009, UMNO membuat ketetapan pemilihan semua peringkat ditangguhkan selama 18 bulan yang bermakna pemilihan cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) tidak diadakan antara Oktober 2011 hingga April 2013.

Pemilihan pucuk pimpinan parti pada peringkat bahagian diputuskan melalui pindaan Perlembagaan UMNO pada Oktober 2009.

Mengikut pindaan itu, 500 perwakilan dari setiap bahagian layak mengundi. Ketika ini, UMNO mempunyai 191 bahagian dan ini menjadikan keseluruhan perwakilan 95,500 orang.

Seramai 51,000 lagi diwakili ketua tiga sayap dari 17,000 cawangan yang secara automatik diberi taraf perwakilan. Peningkatan jumlah perwakilan itu berbanding 2,510 sebelum ini bertujuan memberi peluang kepada akar umbi untuk memilih pemimpin mereka. 
 sumber : berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan