KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661
pengundi berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pad
Ahad, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam PRU di negara ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesemua pusat pengundian
ditutup pada pukul 5 petang ini.
Sejumlah 8,245 pusat pengundian
dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara melibatkan 25,337 saluran tempat
mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan
serba guna dan balai raya.
Dua pusat mengundi bagi dewan
undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu
lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3
petang.
Pengiraan undi dijangka bermula
pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.
Keputusan pertama dijangka
diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan