Agong
Dan Raja Permaisuri Agong Lawat Azizan Di HPP
GEORGE
TOWN: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun pada Selasa
menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini
dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Baginda
berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan
isteri Toh Puan Majimor Shariff, Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar
Badlishah, anakanda baginda Tunku Puteri Intan Shafinaz, Menteri Besar Kedah
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.
Seri
Paduka berdua tiba di HPP pada kira-kira 4.50 petang dan meluangkan masa
kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad CCU itu.Azizan, 73, yang juga
Pesuruhjaya PAS Kedah, dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangitan
kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin
lepas.
Sementara
itu, Mukhriz ketika ditemui pemberita berkata, keadaan Azizan setakat ini
dilaporkan stabil dan sentiasa dipantau pihak hospital.
Antara
pemimpin yang turut melawat Azizan ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk
Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera
1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul
Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
(NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.
Pada
pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang
mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.
Bagaimanapun,
PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila BN memenangi 21
dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan