KUANTAN: Seorang
pelajar lelaki tingkatan tiga mati selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga
bangunan sekolahnya awal pagi Khamis.
Ketua
Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, pelajar terbabit, Syamil
Ismail, 15, mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan kira-kira jam 11.50 pagi.
"Dalam
kejadian 11.30 pagi Khamis di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sira, dekat sini,
pelajar kelas 3A itu dikatakan sedang bergerak bersama rakan sekelasnya menuju
ke dewan sekolah di tingkat satu.
"Tiba-tiba
dia berlari dan cuba terjun dari tingkat berkenaan, tindakannya itu cuba
dihalang beberapa rakannya tetapi gagal," katanya.
Kata
beliau, pelajar berkenaan terjatuh di atas rumput dalam keadaan tertiarap di
hadapan tandas pelajar perempuan Blok B sekolah terbabit.
Katanya,
pihak sekolah kemudian bertindak menghubungi ibu bapa mangsa sebelum pelajar
berkenaan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Mengikut
maklumat awal dari pengetua sekolah itu, pelajar terbabit didakwa mengalami
masalah gangguan mental sebelum ini.
"Laporan
bedah siasat juga mendapati pelajar meninggal dunia kerana kesan hentakan yang
kuat akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu," katanya. -
BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan