Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Sabtu, 25 Mei 2013

Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui



Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui:
1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan