Malaysia
Perlu Ada Wakil Cina Dalam Kerajaan - Dr Mahathir
PUTRAJAYA: Pembentukan
sebuah kerajaan tanpa wakil daripada kaum Cina tidak elok untuk negara
berbilang kaum seperti Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.
Beliau
berkata, keputusan MCA yang tidak mahu sebarang jawatan di peringkat
persekutuan dan negeri meletakkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang
sukar.
Beliau
mempersoalkan siapa akan mewakili kaum cina dalam kerajaan, jika tidak MCA
sebagai salah satu parti komponen BN.
"Adakah
kita lupa mengenai mereka (MCA) sama sekali atau adakah kita mencari orang
lain?
"Hakikatnya
masih sama terdapat segelintir kaum cina menyokong kerajaan oleh itu mereka
(MCA) memenangi tujuh kerusi Parlimen.
"Jika
tiada kaum Cina dalam kerajaan, situasi itu tidak elok untuk negara kerana kita
sama-sama percaya perkongsian kuasa antara kaum" kata bekas Perdana
Menteri itu.
sumber : the star
Tiada ulasan:
Catat Ulasan