DAP,
PAS Jangan Campur Tangan Isu Pelantikan MB Selangor - Zuraida
KUALA
LUMPUR: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Zuraida Kamaruddin memberitahu DAP dan PAS untuk tidak campur tangan dalam isu
pelantikan Menteri Besar Selangor.
"Saya
membaca akhbar bahawa PAS dan DAP mahu Menteri Besar supaya dikekalkan.
Kemudian Rani (Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman) berkata beliau
bersedia untuk menjadi MB.
"Saya
tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan mereka ini?" katanya, sambil
menambah bahawa beliau tertanya-tanya sama ada mereka itu adalah gila kuasa.
Dalam
temu bual dengan Antarapos, Zuraida mempersoalkan kesungguhan
kedua-dua pihak Pakatan Rakyat untuk campur tangan dalam pelantikan Menteri
Besar itu.
"Keputusan
belum dibuat. Ini adalah kerusi Keadilan itu. Mengapa mereka begitu bersemangat
untuk menamakan diri mereka atau seseorang untuk jawatan itu?" soal
beliau.
Beliau
berkata, jawatan berkenaan adalah untuk PKR dan parti itu perlu diberi ruang
dalam menentukan individu yang terbaik untuk berkhidmat tanpa gangguan daripada
pihak ketiga.
PKR
memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada pilihan raya
umum yang baru berakhir. PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi.
Selangor
mempunyai 56 kerusi DUN.
Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipetik sebagai berkata bahawa DAP Selangor
menyokong penuh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.
Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga telah membuat kenyataan yang sama.
Sementara
itu, sumber-sumber PKR berkata bahawa PKR, PAS dan DAP telah mengesahkan
pelantikan Khalid dan bahawa majlis angkat sumpah itu dijangka diadakan pada
awal minggu depan.
Sumber : the star
Tiada ulasan:
Catat Ulasan