Bekas
Menteri Syor DAP Sertai K'jaan Untuk Wakili Masyarakat Cina
KUALA
LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin
Maidin pada Rabu menyarankan DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai
mewakili kaum Cina.
Katanya,
langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing
buat masa sekarang tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan
politik negara.
"Memang
sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya,
tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
melangkah ke arah "national reconciliation" setelah negara dilanda
Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia,"
katanya dalam blognya Zamkata.
Tulis
beliau lagi, orang Cina yang kini berada dalam euphoria kemenangan belum
merasai lagi kesakitannya (kerana tidak diwakili dalam kerajaan), tetapi dalam
jangka masa panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan
(iaitu dengan menolak BN).
Pada
pilihan raya yang baru selesai Ahad lalu, BN memenangi 133 kerusi parlimen
manakala Pakatan Rakyat pula 89 kerusi.
Najib
mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada
Isnin dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinet yang bakal dibentuk nanti.
Ini
adalah kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi yang
mereka tandingi memutuskan tidak mahu menganggotai jemaah menteri baharu Najib.
Keputusan
untuk tidak akan menyertai mana-mana jawatan dalam kerajaan itu dibuat dalam
mesyuarat agung luar biasa MCA beberapa tahun lalu sekiranya parti itu gagal
mencapai keputusan yang jauh lebih baik daripada pilihan raya 2008.
Sebuah
lagi parti dominan kaum Cina dalam BN iaitu Gerakan juga ditolak pengundi Cina
dengan hanya memenangi satu kerusi Dewan Rakyat.
Dalam
hal ini Zam yang pernah bertugas sebagai ketua pengarang Kumpulan Utusan selama
10 tahun berkata: "Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan
dominan Melayu BN telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang
Cina."
Justeru
DAP sedang menghadapi tekanan amat berat daripada masyarakat Cina yang kecewa
untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh
penasihatnya, Lim Kit Siang, dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata
Zam lagi.
"Maka
itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah
mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya.
"Dan
kerana itu mereka mahu kembali ke jalan raya untuk menutup kegagalan mereka dan
mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan
menuding jari ke pihak lain," katanya.
Menurut
Zam, jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan masyarakat Cina
kepadanya ialah dengan menawarkan penyertaan DAP dalam kerajaan, kerana ia
parti yang mewakili orang Cina Malaysia sekarang yang terbukti dengan
keupayaannya mendapat 38 kerusi berbanding MCA hanya 7 kerusi.
Zam
berkata, untuk menyelamatkan maruahnya, DAP memerlukan sokongan daripada
masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada kerajaan.
"Dan
tentunya sikap mereka yang pragmatik, materialistik dan realistik memudahkan
mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina,"
tambah beliau lagi.
Bagaimanapun,
katanya, halangan terbesar ialah PKR yang pastinya sama sekali tidak dapat
menyertai jemaah menteri baharu kerana kepimpinannya menghadapi rayuan kes
tuduhan meliwat yang belum selesai.
Katanya,
DAP harus menimbang untung rugi berada di luar kerajaan berbanding jika DAP
berada dalam kerajaan untuk jangka masa lima tahun akan datang.
Antara
faktor yang DAP dan BN perlu ambil kira ialah jurang politik yang wujud jika
kedua-dua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak
sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baharu.
Jika
PAS sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP,
maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam
politik, ujarnya.
"Kedua-dua
pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras
masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan
cita rasa generasi baharu Malaysia," katanya.
Zam
berpendapat, jika DAP dapat bekerjasama dengan PAS yang langsung tidak
mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah
untuk mereka bekerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras.
Sumber : the star
Tiada ulasan:
Catat Ulasan