Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Selasa, 7 Mei 2013

Kerajaan BN Tidak Tumbang Walaupun Sebahagian Kaum Cina Pilih Pembangkang - PM


Kerajaan BN Tidak Tumbang Walaupun Sebahagian Kaum Cina Pilih Pembangkang - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU13, Ahad lepas. "Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan...malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.
"Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa. Perjumpaan tertutup selama hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sumber : the star

Tiada ulasan:

Catat Ulasan