Khalid
Dilantik Ketua Polis Negara, Bakri Timbalan
KUALA
LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa Jumaat (17 Mei)
menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang akan tamat tempoh pelantikan secara
kontrak selepas bersara pada 16 Mei ini.
Menurut
kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara
berkuatkuasa pada hari yang sama.
"Selaras
dengan peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan,
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan
jawatan khas itu berkuatkuasa 17 Mei," katanya.
Khalid,
56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti
Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan
Polis pada 5 Dis 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti
Narkotik Kedah pada 1997.
Enam
tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang
dan tidak berapa lama pada tahun yang sama dilantik sebagai Ketua Polis Daerah
Kuantan.
Pada
2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum setahun
kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
dan pada Jun 2007 dilantik sebagai Ketua Polis Selangor.
Tiga
tahun kemudian, pada 13 Oktober 2010 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dan tidak sampai
setahun, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Mohd
Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah dan memiliki Diploma Sains
Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam
polis pada 6 Nov 1975 sebagai Inspektor percubaan.
Beliau
pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah
Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis
Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Mohd
Bakri pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Negeri Sabah pada 2003 dan dalam tempoh dua tahun beliau
dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2005.
Pada
2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi)Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan dalam setahun beliau dilantik sebagai
Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Pada tahun 2008 beliau dilantik
sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan