MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai
Udang, Datuk Wira Idris Haron mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka
ke-10 di hadapan Yang di-Pertua Negeri di Seri Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob
pada pukul 10.20 pagi Selasa.
Idris yang juga Ketua Umno
Tangga Batu, menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bertanding dan tewas
di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pada PRU-13, Idris menewaskan
calon PKR, Asri Buang di Sungai Udang dengan majoriti 9,131 undi.
Idris yang genap 47 tahun pada
13 Mei ini, adalah lulusan University of Texas, Amerika Syarikat (AS) dalam
bidang kejuruteraan elektrik dan pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian
Tinggi.
Beliau juga dilantik sebagai
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad hingga hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan