Apa
Nombor Plat Selepas WYY?
PETALING
JAYA: Kementerian Pengangkutan dijangka mengumumkan
cadangan baru untuk plat pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan
berikutan penamatan siri "WYY" tidak lama lagi.
Sehingga
pukul 5 petang Selasa, nombor plat atau bilangan terkini untuk pendaftaran
kenderaan Kuala Lumpur adalah WYK 4720.
Ketua
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata nombor
pendaftaran kenderaan "WYY 9999" dijangka datang dalam masa kira-kira
dua bulan lagi.
"Jabatan
ini telah membuat pertimbangan mengenai pilihan terbaik untuk memperkenalkan
urutan penomboran baru, termasuk mengambil kira pelbagai cadangan.
"Pengumuman
nombor plat kenderaan baru itu akan diumumkan oleh Pemangku Menteri
Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) apabila beliau melawat ibu
pejabat JPJ lewat minggu ini," katanya, Rabu.
Ditanya
sama ada sistem baru ini akan menggabungkan sama ada huruf tambahan atau digit,
seperti apa yang telah dilakukan untuk kenderaan yang berdaftar di Langkawi dan
kenderaan untuk beberapa daerah di Sabah dan Sarawak, Ismail berkata ini juga
sedang dipertimbangkan.
Di
bawah sistem ini, pendaftaran nombor plat kenderaan bagi Kuala Lumpur akan
berakhir dengan "WYY 9999".
Kira-kira
1.3 juta kenderaan baru didaftarkan dengan jabatan itu pada tahun lepas, dengan
Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi kenderaan baru berjumlah 359,239,
diikuti oleh Johor dengan 172,608 dan Pulau Pinang dengan 113,340.
Kuala
Lumpur juga mempunyai jumlah tertinggi kenderaan berdaftar dengan 5.3 juta
diikuti Johor dengan tiga juta kenderaan dan Selangor 2.4 juta kenderaan.
Secara
purata, kira-kira 1,100 pendaftaran kenderaan baru direkodkan setiap hari di
Kuala Lumpur, berbanding dengan kira-kira 500 di Johor dan 300 di Selangor.
Sementara
itu, peniaga kereta Toyota Kenny Lee berkata pelangganya terganggu dengan
penamatan tempoh siri plat Wilayah Persekutuanm yang akan berlaku.
Beliau
juga menafikan tanggapan bahawa nilai kenderaan itu akan lebih baik jika
didaftarkan di bawah Selangor berbanding Wilayah Persekutuan yang mana
turutannya cepat berubah-ubah.
Beliau
mendakwa nilai kenderaan adalah bergantung kepada tarikh sebenar pendaftaran
dan bukannya pada plat nombor pendaftaran kereta itu. - the star
Tiada ulasan:
Catat Ulasan