Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 29 Mei 2013

Turunkan Harga Kereta: Pendekatan Kerajaan Rugikan Beberapa Pihak - Rafizi


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa mekanisme yang digunakan kerajaan untuk menurunkan harga kereta memakan masa yang lama dan merugikan sesetengah pihak.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah atau mustahil kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais sahaja.
"Cara yang mereka buat adalah menekan pembuat dan penjual kereta untuk kurangkan margin, ini tidak adil kerana akan memberi kesan kepada pekerja dan industri pembuat kereta.
"Sebab itu sampai perlu ambil masa yang lama kerana kerajaan mahu pujuk dan tekan pembuat kereta, perlu bincang dan persetujuan terlebih dahulu dengan kemungkinan menawarkan sesuatu yang lain," katanya kepada selepas sidang media di ibu pejabat PKR pada Rabu.
Ahli Parlimen Pandan itu juga mengingatkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk tidak menggunakan taktik mengaburi mata rakyat dengan pengurangan cukai yang dibuat kerajaan.
"Amaran saya kepada beliau jangan nak guna taktik kurang dua ke tiga peratus setiap tahun, tetapi bila mengjelang PRU14 baru nak kurangkan sampai 20 peratus.
"Saya jamin rakyat akan betul-betul marah kerana rakyat sudah faham sepenuhnya bahawa nak kurangkan harga kereta begitu mudah," katanya.
Beliau berkata, kerajaan BN tidak seperti PR yang akan mengurangkan duti eksais secara serentak 20 peratus yang memperuntukkan RM1 bilion setiap tahun.
"BN hanya mahu kurangkan 30 peratus berperingkat-peringkat, kalau potong lima peratus setiap tahun daripada kutipan RM7 bilion hanya lebih kurang RM300 juta sahaja.
"Takkanlah RM300 juta pun tidak boleh sedangkan Jabatan Perdana Menteri membelanjakan iklan setiap tahun hampir RM100 juta," katanya.
Menurut Rafizi, beliau dan ahli Parlimen PR akan terus mendesak kerajaan menurunkan harga kereta dengan lebih konsisten dan berkesan dalam persidangan di Dewan Rakyat nanti.
"Pendekatan yang digunakan haruslah menyeluruh, bukannya hanya menekan satu-satu pihak sahaja sehingga pihak terbabit terjejas," katanya. - the star

Tiada ulasan:

Catat Ulasan