Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Isnin, 6 Mei 2013

Calon Boleh Fail Petisyen Jika Tidak Puas Hati Keputusan PRU-13 - SPR


Calon Boleh Fail Petisyen Jika Tidak Puas Hati Keputusan PRU-13 - SPR
KUALA LUMPUR: Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.
Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.
Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.
"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam Isnin.
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.
Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.
Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.
"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang. Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan