Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 22 Mei 2013

Polis:Wujud Unsur Jenayah Dalam Kematian Tahanan Di Lokap IPK KL


Polis:Wujud Unsur Jenayah Dalam Kematian Tahanan Di Lokap IPK KL
KUALA LUMPUR: Kematian seorang tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) pada Selasa selepas mengadu sakit dada, didapati mempunyai unsur jenayah, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi menunjukkan terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian tahanan tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam Rabu.
Beliau berkata polis Kuala Lumpur merujuk kes itu ke Bukit Aman dan menerima arahan agar ia diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk tujuan penyiasatan.
Pegawai penyiasat jenayah Bukit Aman akan dilantik untuk menjalankan siasatan lanjut kes itu, katanya.
Mangsa mengadu sakit dada pada kira-kira 9 malam sebelum dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Mangsa merupakan seorang daripada empat suspek yang ditahan berhubung kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 Mei lepas. - BERNAMA

Tahanan Polis Meninggal Dunia Dengan Kesan Di Stapler

Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya. "Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur. ~malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan