Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Khamis, 31 Oktober 2013

Sistem SPPBS, SPS Akan Diintegrasikan Bagi Ringan Beban Guru


MELAKA: Kementerian Pendidikan akan mengintegrasikan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai satu pengkalan data bagi meringankan beban guru di sekolah dalam tempoh dua bulan akan datang.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu Pengintegrasian 1Data.
Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Madinah Mohamad berkata melalui langkah itu, guru hanya perlu memasukkan maklumat pengoperasian harian sekolah menggunakan satu sistem.
"Kementerian sedang meneliti dan berusaha mengintegrasikan kedua-dua sistem ini dan guru tidak perlu menggunakan pelbagai sistem sehingga membebankan tugas mereka sebagai pengajar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal bersama kira-kira 2,000 guru dan pegawai pelaksana negeri Melaka dalam program Pemantapan Profesion Guru (PPG) di sini, Khamis.
Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.
Dr Madinah berkata usaha itu juga perlu dilaksanakan secara serius kerana guru berhadapan masalah mengakses kedua-dua sistem berkenaan disebabkan capaian sistem tersebut sering tergendala dan sukar diakses.
Beliau berkata pengintegrasian kedua-dua sistem tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama kementerian dan JPA sebelum diperluaskan di 10,091 sekolah seluruh negara, menjelang akhir tahun ini.
Mengulas lanjut, Madinah berkata bilangan maklumat yang perlu dimasukkan guru akan berkurangan daripada 130 maklumat kepada kira-kira 60 maklumat.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Zabidi berkata Program Pemantapan Profesion Guru bertujuan memartabatkan profesion guru supaya golongan itu memberi fokus sepenuhnya kepada tugas pengajaran dan pembelajaran tanpa perlu melaksanakan tugas pentadbiranakan diperluas secara berperingkat di enam zon melibatkan Sabah, Sarawak, Utara, Selatan, Timur dan Barat.
"Pada masa ini, program ini sedang dilaksanakan di negeri Melaka sebagai negeri perintis melibatkan 313 sekolah yang telah bermula sejak Januari lepas," katanya.
Katanya kajian rintis itu memberi fokus kepada beban tugas guru khas meliputi guru penyelaras bestari, guru data serta guru perpustakaan dan media. - BERNAMA

Ahad, 13 Oktober 2013

Bengang sampai lempar mikrofon

GUA MUSANG - Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati, pagi semalam, hampir berlaku kekecohan apabila empat perwakilan dari Cawangan Sungai Paloh tiba-tiba naik angin sebelum seorang daripadanya bertindak melemparkan mikrofon.

Kekecohan itu bermula ketika mesyuarat sedang berlangsung dan seorang wakil Wanita bangun dan menyuarakan rasa tidak puas hati kerana senarai 21 calon ahli jawatankuasa Wanita Umno bahagian ditolak pada hari penyerahan pencalonan.

Mereka menganggap pemimpin Wanita Umno bahagian keterlaluan kerana menolak pencalonan itu walaupun diserah pada jam 5.01 petang pada 21 September lalu.

Berikutan itu, seorang daripada mereka merampas mikrofon dan terus melemparkannya ke lantai sebelum mereka dipujuk seorang pemimpin Wanita supaya bersabar kerana keputusan penolak permohonan pencalonan itu diputuskan peringkat Umno Pusat.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda untuk memberi laluan kepada Ketua Wanita Umno bahagian itu, Datuk Wan Hazani Mohd Noor, yang menang tanpa bertanding jawatan berkenaan berucap dan menjelaskan perlembagaan Umno yang menetapkan cara baru pemilihan pemimpin tahun ini.

Suasana pada mula yang dilihat semakin mencemaskan, namun dapat dikawal dengan dibantu anggota Rela.

Perwakilan terlibat, Rohaya Abdul Gani mengakui membuat bantahan begitu kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan Wanita Umno bahagian berkenaan.

Menurutnya, walaupun menyerahkan borang pencalonan itu lewat tetapi ia seharusnya diterima untuk menunjukkan amalan demokrasi dalam parti.

"Saya tidak setuju dengan penolakan itu kerana kita mahu ada pertandingan secara sihat bagi masa depan Melayu dalam Umno," katanya.

Sinar Harian juga cuba mendapatkan maklum balas daripada perwakilan yang melemparkan mikrofon itu namun, beliau enggan memberi sebarang komen.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abd Aziz, yang tampil memberi penjelasan itu kepada pemberita berkata, perkara itu sepatutnya tidak timbul lagi kerana borang pencalonan mereka ditolak sendiri di peringkat Pusat.

Beliau mengakui pada mulanya kumpulan seramai 21 orang, termasuk calon pencabar Ketua Wanita Umno bahagian, Siti Khadijah Mohd Noor menyerah borang pencalonan serentak pada jam 5.01 petang selepas ditutup jam 5 petang.

“Ketika menerima borang pencalonan mereka, kita sudah mengadakan mesyuarat membincangkan perkara terbabit dan semuanya memutuskan borang itu terpaksa ditolak kerana melebihi masa. Tetapi kita mengambil borang mereka untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Kelantan.

“Selepas itu, borang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, tetapi sebelum keputusan penolakan itu dibuat, Siti Khadijah membuat permohonan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.

Katanya, perwakilan Wanita Umno yang masih membangkitkan perkara itu perlu faham perkara sebenarnya dan surat mengenai penolakan mereka juga sudah diterima Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, Tajol Rosli Mohd Ghani.

sumber: sinar harian

Penyamun muat naik gambar hasil samun di FB

Seorang daripada dua suspek yang baru menyamun sebuah kafe siber di Setapak, di sini berani memuatnaik gambarnya hasil samun di Facebook (FB), dua jam selepas melakukan perbuatan berkenaan petang semalam.







Kebodohan suspek dipercayai berusia awal 20-an itu juga menyebabkan dia dan rakannya kini diburu pihak berkuasa yang turut memndapat gambar di FB selain mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan kejadian berkenaan.

FADHILAT PUASA HARI ARAFAH


Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi) 
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”
Rujukan:
1. Kitab Fadhailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah

Selasa, 1 Oktober 2013

Punca Kes Maut Keracunan Makanan Kenduri Kahwin Di Kedah


Punca sebenar kes maut keracunan makanan kenduri kahwin di Kedah. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Terkini, seramai empat orang disahkan maut akibat keracunan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai.



Senarai Terkini Nama Maut Keracunan Makanan

1. Nurshazana Mohd. Rashid (24)

2.  Mohd Nor Rahmat Yusof (11)

3. Ibrahim Mohamad (62)

4. Wan Razali Wan Yaacob, 56

Punca Kes Maut Keracunan Makanan Kenduri Kahwin Di Kedah

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. Hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik. Keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan. Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonela.

Individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan.


Audit Negara: Orang Mati Masih Dapat Bantuan


145 orang yang sudah meninggal dunia masih mendapat bantuan kerajaan
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa bantuan kebajikan masih dibayar kepada 145 orang yang telah meninggal dunia di Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan.
Di Kelantan, 93 orang di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kota Baru terus menerima bantuan berjumlah antara RM65 dan RM120 sebulan, walaupun mereka sudah meninggal dunia di antara tahun 2005 dan 2012.
"Audit mendapati bahawa 41 penerima telah diberikan sebanyak RM110,700 menerusi akaun bank mereka.
"Daripada jumlah itu, RM65,691 telah dikeluarkan oleh waris si mati," kata laporan itu.
Di Sabah, Jabatan Kebajikan Masyarakat didapati telah membayar bantuan kepada si mati, dengan audit mendedahkan bahawa senarai penerima dalam sistem eSBK itu termasuk 12 penerima yang telah meninggal dunia di Semporna dan Sandakan.
"Lapan penerima yang mati masih mendapat bantuan antara satu dan tiga bulan dari tarikh kematian mereka seperti yang dinyatakan dalam senarai itu, dengan jumlah yang dibayar antara RM150 dan RM450.
"Selain itu juga tiada maklumat mengenai tarikh kematian sebenar bagi empat penerima yang sudah meninggal dunia dalam senarai" demikian menurut laporan itu.
Sementara itu di Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat membayar kepada 40 orang mati dari Seremban, Kuala Pilah dan Port Dickson di antara RM100 dan RM200 sebulan. Daripada 40 si mati itu, dua daripadanya meninggal dunia pada 2008. 
sumber : the star