Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Khamis, 10 Jun 2021

Batch SPM 2020, anda semua sangat teristimewa.








Batch SPM 2020, anda semua sangat teristimewa.


Alhamdulillah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Matematik SPM 2020 SMKDSR meningkat 0.76, GPMP terbaik dalam sejarah sekolah. Terima kasih pasukan guru Matematik SPM SMKDSR atas usaha dan kerjasama kita demi kecemerlangan anak murid. Sekolah yang ada kelas peralihan dan pelbagai latar belakang murid ni, kita perlukan strategi yang sangat luar biasa, hanya yang mengalaminya sahaja yang faham kan. 


Kumpulan kelas pertama kita sasarkan mendapat seberapa banyak A, kumpulan kelas pertengahan kita usaha mendapatkan sebaik yang mungkin dan kumpulan kelas terakhir kita cuba ajarnya membaca (ada yang tak boleh membaca tau), fahamkan soalan dan buat seberapa soalan yang boleh, paling kurang pun sasarannya adalah lulus subjek Matematik SPM. 


Berita yang paling mengembirakan, ada seorang murid yang kena buang sekolah lebih setahun. Di saat akhir SPM buat rayuan untuk bersekolah semula minta tunjuk ajar cara untuk lulus Matematik SPM 2020. Dengan semangat yang ingin lulus mungkin disamping merujuk rakaman PdPc di youtube saya https://www.youtube.com/c/NizamTahir dan mungkin video-video pdpc yang lain, Alhamdulillah murid itu lulus. Idea rakaman youtube ini sebenarnya datang dari murid-murid saya juga yang kerap tidak dapat hadir kelas Matematik disebabkan pelbagai urusan. Katanya cikgu rakamlah PdPc Matematik dalam kelas supaya kami boleh rujuk. Alhamdulillah setakat ni lebih 200 video telah ada. Dibenarkan kongsi ya. Boleh subscribe dan like ya.


Alhamdulillah, atas usaha dan pengorbanan anda semua, kita berjaya mencapai apa yang kita sasarkan. Kami para guru hanya boleh membantu selebihnya adalah usaha anda sendiri. Tahniah batch SPM Matematik 2020 SMKDSR. Anda sangat hebat dan sangat luar biasa.


Insya Allah semoga kita kekalkan atau dapatkan yang lebih baik lagi untuk Matematik SPM 2021. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, diberikan rezeki berkat yang melimpah ruah serta kebahagian dunia dan akhirat. Aamin.


Mohd Nizam Bin Mad Tahir

Guru Cemerlang Matematik,

SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau,

NYDP Majlis Guru Cemerlang Malaysia

YDP Majlis Guru Cemerlang N. Sembilan.

Khamis, 8 Oktober 2020

Taklimat Pembentangan Seminar Kajian Tindakan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 2020

Taklimat Pembentangan Seminar Kajian Tindakan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 2020

Tarikh : 8 Oktober 2020 (Khamis)

Masa : 2.00 - 5.00 ptg

Tempat : Balai Seri Budi, SK Rahang, Seremban.

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang, aamiin.










Selasa, 29 September 2020

Happy birthday kakak, Nur Damiya Alea Binti Mohd Nizam

Happy birthday kakak, Nur Damiya Alea Binti Mohd Nizam, semoga menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati mama dan ayah. Aamiin.







Jumaat, 25 September 2020

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN TENAGA PENGAJAR UTAMA (TPU) PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA INKUIRI (PMSI)

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN TENAGA PENGAJAR UTAMA (TPU) PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA INKUIRI (PMSI)

Tarikh: 21-25 Sept 2020

Tempat : Hotel De Palma, Kuala Selangor

Perasmi: YBrs. Dr Haji Azhar bin Haji Ahmad (Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM)

Semoga pdpc Matematik menjadi lebih seronok. Aamiin.
























Khamis, 17 September 2020

Perkongsian Ilmu Matematik Tambahan SPM 2020 SMK Dato' Sedia Raja

 Alhamdulillah, selesai satu perkongsian ilmu, semoga ilmu yang dikongsi dapat manfaat. Teruskan latihan. Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang, aamiin.

Perkongsian Ilmu Matematik Tambahan SPM 2020 SMK Dato' Sedia Raja

Tarikh : 17 Sept 2020 (Khamis)

Masa : 7.45pg - 11.15pg

Tempat : Makmal B, SMKDSR








Selasa, 15 September 2020

Perkongsian Ilmu Matematik SPM 2020 SMKA Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail

Alhamdulillah, selesai satu perkongsian ilmu, semoga ilmu yang dikongsi dapat manfaat. Teruskan latihan. Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang, aamiin.

Perkongsian Ilmu Matematik SPM 2020 SMKA Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail

Tarikh : 16 Sept 2020 (Rabu) Cuti Hari Malaysia

Masa : 8.00pg - 12.30tgh hari

Tempat : Dewan SMKA DHAHS








Maraton Bengkel Matematik SPM SMK Dato' Sedia Raja, Rembau 7.45pagi-4.30ptg 15/9/2020 (Selasa).

Maraton Bengkel Matematik SPM SMK Dato' Sedia Raja, Rembau

7.45pagi-4.30ptg 15/9/2020 (Selasa). Ya Allah berilah kesihatan dan kejayaan kepada kami semua. Aamiin.

7.45-11.15pg- Slot 1 (5upm-SRT, 5usm & 5utm) 

11.45-2.45ptg- Slot 2 (5um, 5ukm & 5upm-RC) 

3.00-4.30ptg- Kelas Pengukuhan Matematik 5UTM .

Tempat : Makmal B, SMKDSR dan kelas 5UTM.

Teruskan latihan, semoga kejayaan menjadi milik kita. Aamiin.