Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Khamis, 10 Jun 2021

Batch SPM 2020, anda semua sangat teristimewa.








Batch SPM 2020, anda semua sangat teristimewa.


Alhamdulillah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Matematik SPM 2020 SMKDSR meningkat 0.76, GPMP terbaik dalam sejarah sekolah. Terima kasih pasukan guru Matematik SPM SMKDSR atas usaha dan kerjasama kita demi kecemerlangan anak murid. Sekolah yang ada kelas peralihan dan pelbagai latar belakang murid ni, kita perlukan strategi yang sangat luar biasa, hanya yang mengalaminya sahaja yang faham kan. 


Kumpulan kelas pertama kita sasarkan mendapat seberapa banyak A, kumpulan kelas pertengahan kita usaha mendapatkan sebaik yang mungkin dan kumpulan kelas terakhir kita cuba ajarnya membaca (ada yang tak boleh membaca tau), fahamkan soalan dan buat seberapa soalan yang boleh, paling kurang pun sasarannya adalah lulus subjek Matematik SPM. 


Berita yang paling mengembirakan, ada seorang murid yang kena buang sekolah lebih setahun. Di saat akhir SPM buat rayuan untuk bersekolah semula minta tunjuk ajar cara untuk lulus Matematik SPM 2020. Dengan semangat yang ingin lulus mungkin disamping merujuk rakaman PdPc di youtube saya https://www.youtube.com/c/NizamTahir dan mungkin video-video pdpc yang lain, Alhamdulillah murid itu lulus. Idea rakaman youtube ini sebenarnya datang dari murid-murid saya juga yang kerap tidak dapat hadir kelas Matematik disebabkan pelbagai urusan. Katanya cikgu rakamlah PdPc Matematik dalam kelas supaya kami boleh rujuk. Alhamdulillah setakat ni lebih 200 video telah ada. Dibenarkan kongsi ya. Boleh subscribe dan like ya.


Alhamdulillah, atas usaha dan pengorbanan anda semua, kita berjaya mencapai apa yang kita sasarkan. Kami para guru hanya boleh membantu selebihnya adalah usaha anda sendiri. Tahniah batch SPM Matematik 2020 SMKDSR. Anda sangat hebat dan sangat luar biasa.


Insya Allah semoga kita kekalkan atau dapatkan yang lebih baik lagi untuk Matematik SPM 2021. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, diberikan rezeki berkat yang melimpah ruah serta kebahagian dunia dan akhirat. Aamin.


Mohd Nizam Bin Mad Tahir

Guru Cemerlang Matematik,

SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau,

NYDP Majlis Guru Cemerlang Malaysia

YDP Majlis Guru Cemerlang N. Sembilan.