Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Isnin, 6 Mei 2013

Dato Wira Idris Haron Dilantik Ketua Menteri Melaka Yang Baru


MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Wira Idris Haron mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-10 di hadapan Yang di-Pertua Negeri di Seri Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada pukul 10.20 pagi Selasa.
Idris yang juga Ketua Umno Tangga Batu, menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bertanding dan tewas di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pada PRU-13, Idris menewaskan calon PKR, Asri Buang di Sungai Udang dengan majoriti 9,131 undi.
Idris yang genap 47 tahun pada 13 Mei ini, adalah lulusan University of Texas, Amerika Syarikat (AS) dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad hingga hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan