Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Khamis, 9 Mei 2013

Kedua-dua kaki Ustaz Azizan selamat dibedah


Kedua-dua kaki Ustaz Azizan selamat dibedah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam ini.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.

“Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam,” jelas Helmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan