Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Isnin, 29 April 2013

10 CIRI LELAKI YANG BAIK


10 CIRI LELAKI YANG BAIK

·        Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
·        Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
·        Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
·        Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
·        Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
·        Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
·        Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
·        Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
·        Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
·        Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

PETUA SENANG HATI


PETUA SENANG HATI ♥

♥ Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dgn ALLAH.
♥ Latih hati sentiasa ingat,ALLAH memberi pahala kpd kita setiap kali kita di umpat.
♥ Latih hati sentiasa bergantung dgn ALLAH & tidak terlalu mengharapkan manusia.
♥ Latih hati sentiasa bersyukur dgn nikmat dari ALLAH.
♥ Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain & sentiasa memohon ampun dari ALLAH.

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
 

Doa yang tidak tertolak


Doa yang tidak tertolak

Hari Jumaat ini ada waktu2 yang bagus dan mustajab untuk berdoa maka banyakkanlah berdoa untuk saudara-saudara kita dibelakang pengetahuannya kerana doa yang semacam itu tidak akan ditolak dan pasti diterima oleh Allah SWT serta kita pun akan turut mendapat habuannya.

Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :
دَعْوةُ المرءِ المُسْلِمِ لأَخيهِ بِظَهْرِ الغَيْبِ مُسْتَجَابةٌ ، عِنْد رأْسِهِ ملَكٌ مُوكَّلٌ كلَّمَا دعا لأَخِيهِ بخيرٍ قَال المَلَكُ المُوكَّلُ بِهِ : آمِينَ ، ولَكَ بمِثْلٍ
' Doa seorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu adalah mustajab. Pada kepalanya ada malaikat yang diwakilkan untuk urusan tersebut dan setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka berkatalah malaikat yang diwakilkan kepadanya itu : Ameen, dan bagi kamu seperti itu juga (apa yang kamu doakan kepada saudara kamu itu juga).' [riwayat Muslim]

Perkara Yang Menyebabkan Penyakit LUPA


Petua Islam Untuk Menjaga Minda

1. Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa.

2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.

3. Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.

4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).

5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.

6. Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa.

7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.

8. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.

9. Terlampau banyak meminum minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.

10. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.

11. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.

12. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.

14. Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran

9 CARA UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN ANDA

9 CARA UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN ANDA

1) Sentiasa berjaga-jaga dengan berat badan anda

Penghasilan beberapa hormon yang boleh mengganggu proses ovulasi adalah disebabkan lemak badan berlebihan. Pengurangan peluang untuk anda hamil kerana kitaran menjadi kurang teratur dan kurang berovulasi.

Jika anda sedang cuba untuk hamil, kurang lemak pada badan bermakna badan anda mungkin tidak menghasilkan hormon yang mencukupi untuk mengovulasi setiap bulan atau untuk mengekalkan kehamilan.

Senaman boleh menolong untuk mengekalkan berat badan yang sihat akan tetapi jangan terlebih melakukannnya. Wanita yang bersenam dengan terlalu kuat seperti berlari dengan laju atau pesaing atlet akan berhenti berovulasi atau kurang berovulasi. Peningkatan risiko keguguran jika senaman berlebihan. Sebelum anda cuba untuk hamil berbincanglah dengan doktor anda tentang rutin bersenam yang sesuai dilakukan.

2) Makan dengan betul

Sebelum anda cuba untuk hamil sentiasalah memastikan bahawa badan anda akan kekal terpelihara. Pastikan anda makan banyak protein, zink, Vitamin C kerana kekurangan nutrien sebegini telah dikaitkan dengan pemanjangan kitaran menstrual oleh itu anda akan kurang berovulasi dan mendapat risiko keguguran yang tinggi pada peringkat awal kehamilan.

Bagi mendapatkan zink dan beberapa vitamin yang penting dan mineral, ambillah suplemen tambahan harian. Makanan yang penuh dengan protein dalam diet anda seperti daging, ikan, produk tenusu yang rendah lemak, telur dan kekacang. Pemakan sayuran boleh mendapatkan asid amino yang lengkap dengan memasukkan kombinasi yang berperisa yang mengandungi makanan protein seperti nasi dan ikan atau tofu separuh masak.

3) Berhenti merokok

Toksik dari rokok merosakkan telur wanita, mengganggu kesuburan dan menyebabkan ovari anda terlbih matang. Ovari perokok berusia 35 tahun berfungsi seperti ianya milik wanita berusia 42 tahun oleh itu ia kurang subur. Merokok boleh merosakkan kesuburan anda tetapi jika anda tidak merokok , anda akan mendapat fungsi ovari tersebut semula.

4) Kenali kitaran anda

Kitaran haid yang normal selalunya akan berakhir dalam lebih kurang 25 hingga 35 hari (mula mengira pada hari pertama anda haid). Anda boleh menjangkakan bahawa anda kurang berovulasi dan anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor anda jika kitaran anda agak lebih lama seperti 42 hari.

Lakukan persetubuhan secara tetap apabila anda sudah bersedia untuk hamil. Pada hari ovulasi dan pada empat atau lima hari sebelum merupakan hari kesuburan seorang wanita selalunya bukan selepas kitaran haid anda. Jangan menjangka bahawa anda akan mengovulasi secara automatic pada hari ke 14 kitaran anda. Ini kerana kajian mendapati bahawa proses ovulasi berbeza secara dramatik bagi setiap wanita apabila ianya berlaku seawal enam hari dan selewat 21 hari pada kitaran anda.

Bagaimanakah anda boleh mengenalpasti bilakah masa anda berovulasi? Anda boleh mencuba kit ujian ovulasi dimana ianya akan memeriksa beberapa hormon di dalam air kencing anda atau buat nota tentang perubahan harian pada suhu badan basal dan mucus serviks.

5) Cari ketenangan

Tekanan dan kemurungan boleh memberikan kesan terhadap kesuburan anda. Pakar berpendapat bahawa tekanan seperti senaman berat boleh menghilangkan hormon pengeluaran menjadikan kitaran haid anda kurang tetap. Anda boleh mempelajari bagaimana untuk mengawal stress melalui teknik ketenangan atau mendapatkan nasihat daripada kaunselor atau kumpulan sokongan agar mengembalikan hormon anda semula.

6) Kerap melakukan hubungan intim dengan pasangan anda

Kehidupan harian yang sibuk telah melemahkan nafsu seks anda, adalah lebih baik jika anda melakukan hubungan seks dengan lebih kerap. Wanita yang melakukan hubungan seks (sekurang-kurangnya setiap minggu) adalah lebih baik mudah menjangka kitaran haid mereka dan mempunyai ovulasi yang normal berbanding wanita yang jarang melakukan hubungan seks.

Teori : Suami anda mengeluarkan hormon seks yang mempengaruhi sistem reproduktif. Kekerapan melakukan hubungan seks boleh menolong anda untuk cuba hamil. Bagi memberikan peluang kepada kesuburan anda adalah dengan melakukan hubungan seks setiap 36 hingga 48 jam dalam beberapa hari sebelum ovulasi. Anda mungkin boleh melakukan hubungan seks pada beberapa hari yang lain sepanjang bulan kerana melakukan hubungan seks pada beberapa hari yang tertentu akan menjadi sesuatu kewajipan kepada anda.

7) Berhati-hati dengan sebarang jangkitan

Anda perlulah berhati-hati dengan sebarang jangkitan terutama sekali pada bahagian faraj. Jangkitan faraj yang umum boleh berlaku kepada para wanita adalah Bacteria vaginanosis (BV). Tanda-tanda jangkitan tersebut ialah bau yang kurang elok dan pembuangan yang berwarna kelabu. BV yang tidak dirawat menyebabkan kelahiran pra matang, risiko keguguran yang tinggi dan ketidaksuburan. Jika anda mendapati bahawa terdapat simpton faraj seperti kegatalan, rasa terbakar, pembuangan yang tidak normal dan rasa sakit berjumpalah dengan doktor anda. Jangkitan pada bahagian pembiakan adalah sangat jarang berlaku akan tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa berhati-hati kerana ia boleh memberikan risiko kepada kesuburan anda.

8) Lindungilah dengan ubat-ubatan

Pil pecegahan sebenarnya boleh meningkatkan kesuburan anda. Bagi sesetengah wanita, pil tersebut adalah sangat penting untuk memelihara kesuburan anda kerana ia dapat menyimpan dua masalah yang umum iaitu endometriosis dan uterine fibroids dengan melambatkan pertumbuhan tisu uterus. Dengan endometriosis, tisu uterus tumbuh di luar uterus dan menyebabkan kejang yang menyakitkan dan selalunya akan membahayakan tiup filapio dan organ lain. Fibroids uterus adalah pertumbuhan yang boleh menjadikan kehamilan anda sukar atau mustahil. Kitaran anda akan kembali kepada corak pra pil dalam masa sebulan jika anda mula berhenti mengambilnya.

9) Jangan memandang rendah terhadap kesihatan pasangan anda.

Perkara yang sama boleh memberikan kesan kepada kesuburan anda boleh memberikan kesan kepada kesihatan reproduktif suami anda juga. Kesan kepada penghasilan sperma dan kemotilan (kebolehan untuk berenang) adalah disebabkan rokok dan diet yang lemah. Kajian mengenalpasti bahawa kerosakan kromosom di dalam sperma adalah disebabkan oleah asap rokok dan pengambilan alcohol yang berat. Bagi menolong suami anda untuk menghasilkan sperma yang sihat adalah dengan mendapatkan nutrien yang mencukupi setiap hari terutama sekali vitamin E dan C dan mineral selenium.Penghasilan sperma yang sihat akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan jadi suami anda harus bersedia dengan lebih awal.

Tips mendidik anak di alam remaja.


Tips mendidik anak di alam remaja.

Menjadi ibu bapa bukan tugas mudah. Tanggung jawab ibu bapa bukan sekadar memberi makan minum dan menyediakan tempat berteduh. Lebih dari itu, ibu bapa wajib menyediakan siasah anak-anak sejak dari kecil agar masa hadapan anak-anak terjamin bukan sahaja di masa hadapan malahan sehingga membawa ke alam akhirat.

Apapun, apa yang penting ialah ibu bapa perlu bijak memainkan peranan sesuai dengan tahap usia anak-anak.
Dalam 10-11 tahun pertama usia anak-anak, ibubapa banyak memainkan peranan sebagai seorang pengurus (manager). Pada tahap ini, tugas ibubapa banyak berkisar dalam menguruskan segala hal-hal anak-anak berkaitan makan pakai, tingkahlaku, pembelajaran awal dan sebagainya.

Ibubapa selaku pengurus selalunya mendapat sepenuh kepercayaan dari anak-anak di mana ibubapa jugalah yang membuat keputusan tentang penglibatan anak-anak di dalam aktiviti sekolah, siapa yang patut menjadi kawan anak-anak, malahan sehingga kepada hal-ehawal penampilan mereka. Selalunya pada peringkat ini anak-anak memberi sepenuh kepercayaan di atas segala pilihan dan keputusan dari ibubapa mereka.
Pada peringkat ini hukuman ataupun denda yang diberikan oleh ibubapa boleh diterima oleh mereka asalkan ianya berpatutan dan berpada-pada.

Apabila anak-anak memasuki alam remaja senario tersebut akan berubah sedikit demi sedikit. Anak-anak lebih gemar ibubapa menjadi selaku penasihat (consultant) sahaja.

Mereka memerlukan kebebasan untuk melakukan banyak pekara dan yang paling mereka mahukan adalah mereka bebas bertindak sebagai pembuat keputusan. Pada peringkat inilah, ibubapa diberi dua pilihan samada akan dipecat oleh anak-anak dari menjadi seorang pengurus atapun ibubapa dengan rela hati melepaskan jawatan tersebut.
Pada peringkat ini, anak-anak lebih gemar ibubapa bertindak selaku seorang penasihat yang melihat dan memantau aktiviti dan kehidupan anak-anak dari jauh. Bukanlah bermakna ibubapa dan anak-anak perlu tinggal berjauhan pula. Pada masa ini, segala tindakan ibubapa ibarat ‘menarik rambut di dalam tepung’ – perlu ada ketegasan tetapi di masa yang sama kena berlembut. Kala ini ibu bapa perlu banyak menggunakan budibicara dan dapat berkomunikasi dengan baik dengan anak remaja.

Jika tidak berhati-hati, anak-anak akan mula memberontak , menjadi keras hati, degil dan mulalah bibit-bibit pergaduhan antara anak dan ibubapa terjadi.

Kepercayaan anak-anak terhadap ibubapa yang dipupuk semenjak umur mereka kecil lagi banyak membantu dalam proses ini. Biarkan mereka membuat keputusan sendiri tetapi ibubapa sebagai perunding berhak mengutarakan pendapat mereka. Mereka akan lebih menghargai kita kerana didalam hati anak remaja , mereka memang memerlukan ibubapa sentiasa bersama mereka dalam setiap hal kehidupan.
Cuma kedua-dua belah pihak perlu bijak berurusan antara satu sama lain. Dengan cara begini hubungan anak remaja dan ibubapa akan kekal ‘connected’ selama-lamanya.

Ahad, 28 April 2013

Petua Untuk Hidup Bahagia

Petua Untuk Hidup Bahagia

1. Tinggalkan sifat PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Tinggalkan sifat PENDENDAM - Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Tinggalkan sifat HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Tinggalkan sifat BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tinggalkan sifat TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

KELEBIHAN PADA SEORANG PEREMPUAN


KELEBIHAN PADA SEORANG PEREMPUAN

1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

2. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

3. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

5. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

6. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api  neraka ke atas tubuhnya.

Agar Anak Mencintai Al-Qur’an


Agar Anak Mencintai Al-Qur’an

Mengajarkan Al-Qur’an kepada anak adalah hal yang paling penting dalam Islam. Dengan demikian itu, anak akan sentiasa dalam fitrahnya dan di dalam hatinya bersemayam cahaya-cahaya hikmah sebelum hawa nafsu dan maksiat mengeruhkan hati dan menyesatkannya dari jalan yang benar.
Para sahabat nabi benar-benar mengetahui pentingnya menghafal Al-Qur’an dan pengaruhnya yang nyata dalam diri anak. Mereka berusaha semaksimum mungkin untuk mengajarkan Al-Qur’an kepada anak-anaknya sebagai pelaksanaan atas saranan yang diberikan Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dalam hadits yang diriwayatkan dari Mush’ab bin Sa’ad bin Abi Waqqash,

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

Kelebihan Hari Jumaat


Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

1) Allah ciptakan Adam ,

2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,

3) Allah mematikan Nabi Adam,

4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.

5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa


Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa

1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap
ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

5 PERKARA TERPENTING PERLU ANDA TAHU MENGENAI SOLAT


5 PERKARA TERPENTING PERLU ANDA TAHU MENGENAI SOLAT

Solat Subuh ~► Wajah yang cantik
sabda rasulullah saw ~ Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

Solat Zohor ~► Duit yang banyak
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat

Solat Asar ~► Kesihatan yang baik
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan

Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak
tiadalah padanya tidur yang nyenyak .

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel

Ahad, 21 April 2013

Pengaruh Bacaan Al-Quran pada saraf, otak dan organ tubuh lain.


Pengaruh Bacaan Al-Quran pada saraf, otak dan organ tubuh lain.




Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil uji coba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Allah yang telah berfirman dalam surah Al-Araf 7:204, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat"

Sabtu, 20 April 2013

Lapan kerusi Parlimen paling panas dalam PRU 13



KUALA LUMPUR, 20 April — Kerusi Parlimen Gelang Patah (Johor), Putrajaya (Wilayah Persekutuan), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan Permatang Pauh (Pulau Pinang) adalah antara kerusi panas daripada 222 kawasan Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pertembungan di Cameron Highlands (Pahang), Segamat (Johor), Arau (Perlis) dan Shah Alam (Selangor) yang juga termasuk dalam kelompok kerusi panas menjadi tumpuan masyarakat dan pemerhati politik kerana ditandingi beberapa veteran politik selain membabitkan pertandingan lebih daripada tiga penjuru.

Kerusi Parlimen Gelang Patah yang mempunyai 106,864 pengundi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Kerusi itu disandang Tan Ah Eng daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 8,851 undi.

Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian dalam temu bualnya bersama TV3 hari ini berkata kedua-dua tokoh politik gergasi itu mempunyai kelebihan masing-masing di mana Abdul Ghani dilihat lebih dominan di Johor berbanding Kit Siang yang popular di peringkat kebangsaan.


“Saya melihat pemilihan Abdul Ghani adalah tepat dan tidak harus dilihat mewakili satu kaum. Beliau juga diterima seluruh masyarakat setelah menumpahkan khidmat sepanjang menjadi calon BN berbanding Kit Siang yang kerap bertukar lokasi,” katanya.

Selain Gelang Patah, saingan tiga penjuru juga disaksikan di Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penyandang kerusi itu dicabar Dr Mazlan Ismail (BN) dan Dr Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai akan ditentang Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan calon Bebas Rusli Baba.

Pada pilihan raya 2008, Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi manakala anaknya Nurul Izzah memperoleh majoriti 2,895 undi.

Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel juga akan mengharungi persaingan sengit di Parlimen Cameron Highlands apabila ditentang calon DAP M. Manogaran dan tiga calon Bebas.

Kerusi itu dimenangi BN menerusi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K.Devamany dengan majoriti 3,117 undi pada PRU12.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya selama dua penggal sejak 2004 akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Pada 2008 beliau memperoleh majoriti 2,734 undi. 

Pertembungan buku dengan ruas antara calon rakan BN Datuk Zulkifli Nordin dan penyandang Khalid Abdul Samad di Parlimen Shah Alam juga bakal menghangatkan PRU13.

Selain itu pertembungan dua rakan baik iaitu Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan bekas menteri kesihatan yang juga Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Ming di Parlimen Segamat.

Khalid menang dengan majoriti 9,314 undi manakala Subramaniam memperoleh majoriti 2,991 undi.

Turut mencuri perhatian ialah pertandingan tiga penjuru antara bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Zainudin Yom (Bebas) di Parlimen Arau.

Kerusi Arau dimenangi Datuk Ismail Kasim, yang juga adik Shahidan daripada BN, menewaskan Haron dengan majoriti 300 undi pada 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 15 hari dengan 5 Mei adalah tarikh pengundian manakala tarikh pengundian awal, ditetapkan pada 30 April ini. — Bernama

Kejutan Pada Hari Penamaan Calon


Kejutan Pada Hari Penamaan Calon
Proses penamaan calon sudah pun berakhir, bagaimanapun beberapa kejutan di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kejutan pertama ialah apabila dua ahli DAP, dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Di Cheras, penyandang kerusi DUN Teratai Jenice Lee dipecat oleh Lembaga Disiplin DAP kerana bertanding sebagai calon Bebas dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan.
Perkara yang sama berlaku di Melaka, penyandang kerusi Kota Laksamana Sim Tong Him yang bertanding menggunakan simbol DAP telah dipecat kerana mengisytiharkan dirinya calon Bebas bagi kerusi yang disandangnya.
Sumber memaklumkan Sim akan kekal sebagai calon DAP bagi kawasan Parlimen Kota Melaka walaupun telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana beliau mendakwa belum menerima surat rasmi daripada parti memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Umno turut memecat bekas Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Tasek Gelugor di Pulau Pinang.
Difahamkan Mohd Shariff bertanding sebagai calon Bebas yang menyokong Pakatan Rakyat di Tasek Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua.
Satu lagi kejutan berlaku apabila calon BN bagi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonannya di Kelantan, sekaligus membuka sainfan satu lawan satu antara Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan anak Nik Aziz, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata siasatan terperinci akan dijalankan mengenai sebab mengapa Che Johan gagal menyerahkan borang pencalonannya serta strategi mereka yang seterusnya bagi kerusi berkenaan.
Bukan itu sahaja, kejutan turut berlaku di beberapa kerusi apabila pemimpin kanan parti turut menjadi calon Bebas.
Di Ipoh, kerusi Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan saingan tiga penjuru dengn Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas. Sejak itulah beliau mengumumkan keluar parti sekaligus melepaskan semua jawatannya dalam Umno.
Beliau akan menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan calon PAS, Dr Khalil Idham Lim Abdullah.
Di Kuala Lumpur, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR akan menghadapi saingan empat penjuru di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
Beliau akan berhadapan dengan Tan Kok Eng (BN), serta dua calon Bebas, Mohd Sukeri Abdul Mamat and Mokhtar Salahudin.
Di Pandan, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Ong Tee Kat, Allan Tan Yew akan bertanding sebagai calon Bebas menentang calon MCA, Garry Lim dan PKR yang diwakili oleh Rafizi Ramli.
Bukan itu sahaja, saingan lima penjuru turut berlaku di Parlimen Batu. Penyandang kerusi, Tian Chua daripada PKR akan berhadapan dengan calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, dua calon Bebas iaitu, Atan Jasin, Nazariah Abbas serta Datuk Hashim Karim daripada Berjasa.
Di Machang Bubuk kerusi DUN di Bukit Mertajam bakal menyaksikan saingan epik enam penjuru di antara Tan Kok Leah (Gerakan), Lee Khai Loo (PKR), ‘Datuk’ Dr Vicky Vikneswaran (Kita) dan tiga calon Bebas, Datuk Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah dan Ooi Suan Hoe.
Sementara itu saingan antara PKR dan PAS turut berlaku di beberapa kerusi.
PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard di DUN Sungai Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negerim Mohd Yusni Mat Piah.
PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.
Chegu Bard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.
Labuan turut menyaksikan saingan tiga penjuru, dengan PKR meletakkan Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan berhadapan dengan rakan sekutu mereka daripada PAS yang meletakkan, Hadnan Mohamad sementara Umno meletakkan calon muka baru, Rosman Isli.
Sumber : the star

Ahad, 14 April 2013

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini


Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa Sepuluh Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini
·         Segala Nabi
·         Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)
·         Orang Alim (Ahli ulama’ Yang Diredhai oleh Allah)
·         Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)
·         Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)
·         Raja Yang Adil
·         Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)
·         Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)-> Kelebihan para Ibu
·         Orang yang dibunuh dengan zalim
·         Orang yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185) 

11 Golongan Ahli Neraka Dan 1 Golongan Ahli Syurga


‎”Kebanyakkan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka :
”Mengapa terjadi sedemikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?”
Baginda RASULULLAH SAW menjawab: ”Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati SUAMI dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya”
(HR Muslim)
Jom kita renungkan bersama Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
“Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, “Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

11 Golongan Ahli Neraka
·         Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
·         Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
·         Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
·         Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
·         Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

·         Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

·         Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
·         Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
·         Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
·         Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
·         Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.”

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nab Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan”
9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
·         Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
·         Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
·         Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
·         Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
·         Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
·         Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
·         Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
·         Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
·         Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Semoga kita mendapat sesuatu pengajaran dari kisah 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW..

Buka Hijab Untuk Melihat Jin (Makhluk Halus)


Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf Ayat: 27)
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”
Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”
Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintas baginga sewaktu baginda sedang sembahyang, sebagaimana sabdanya yang bermaksud :
“Ifrit melintas di hadapan aku semalam untuk mengganggu sembahyangku, Allah s.w.t membenarkan aku sehingga aku ingin mengikatnya di pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh melihatnya tetapi aku teringatkan perkataan / doa saudara ku Sulaiman, “ Ya Tuhanku, kurniakanlah kepoadaku kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang selepas aku.”
Di dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:
·  Keupayaan manusia melihat jin adalah sesuatu yang mustahil. Firman Allah s.w.t yang disebutkan itu adalah secara umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kebolehan yang diberikan Allah untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman boleh menaguasai jin.
·  Menunjukkan jin itu tidaklah kekal dalam bentuk asal mereka (api).
·  Melihat Ifrit oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana Baginda boleh juga melihat malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat Jibril yang mempunyai 600 kepak.
Manusia-manusia yang lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada Nabi-nabi berkenaan. Walaubagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat melihat jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila kamu mendengar kokok ayam, mintalah kurnia dari Allah kerana ia melihat malaikat dan apabila engkau mendengar suara himar berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana yang dilihatnya ialah syaitan.” (AL Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Kelebihan binatang-binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang kita tidak dapat melihatnya. Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh melihat matahari di waktu awam gelap. Burung hantu dapat melihat tikus di waktu malam yang gelap gelita.
Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia