Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 22 Februari 2012

Misteri cadangan pembinaan Hospital Rembau



Semakin banyak persoalan yang timbul ketika ini dalam isu cadangan pembinaan Hospital Rembau.

Majlis besar-besaran perletakan batu asas Hospital Rembau telah diadakan pada 7 Mac 2008.

Sejak dari itu kawasan sekitar tanah milik PKNS di Chembong telah dipenuhi hutan semak samun.

Awal tahun 2012 , kawasan hutan semak samun seluas 20 ekar milik PKNS ini telah dibersihkan dan dipasang pagar dinding besi kelilingnya dengan papantanda logo JKR.

Tender untuk membina Hospital Rembau akan hanya dikeluarkan pada bulan April 2012.

Persoalannya, kalau tender membina Hospital Rembau belum dikeluarkan lagi kenapa perlu dibersihkan hutan semak samun seluas 20 ekar ini dan dipagar dinding besi kelilingnya?

Bukankah ini kerja yang sepatutnya dilakukan oleh kontraktor yang dilantik kelak?

Apakah kerja-kerja untuk membersih dan memagar kawasan seluas 20 ekar ini telah dibuat tawaran tender sebelum ini?

Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Dakwaan Pakatan Rakyat mengenai Kerajaan Negeri mungkir janji untuk membina hospital di Rembau adalah tidak benar.

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau menjawab isu ini di hadapan tiga ribu penduduk di kawasan Paroi ketika Majlis Penyerahan Baucar BR1M kepada 631 orang penerima pusingan pertama.

Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”

Dengan kewujudan Hospital di Rembau ini nanti maka lengkap lah seluruh daerah di Negeri Sembilan memiliki Hospital daerahnya sendiri.


Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau

REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

Hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.

Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan pentadbiran.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive


1 ulasan:

  1. Bukan 7 Mac tetapi Selasa 4 Mac jam 2.30 petang oleh mantan PM Abdullah Ahmad Badawi...

    BalasPadam