Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 22 Februari 2012

Persoalan SMK PEDAS.



Maklumat diterima pada 18 Feb 2012 mengenai Sekolah Menengah Pedas berhampiran ILP Pedas. Menurut cerita sekolah hampir siap pembinaan di kawasan lereng bukit. Carian di internet mendapati sekolah ini dibina secara 'Industrial Building System' (IBS) atas Lot 5205.

Carian melalui internet, Lot 5205 Mukim Pedas masih lagi milik seorang individu wanita berusia 43 tahun dengan kadar cukai tanah sebanyak RM28 setahun.

Persoalan timbul apakah sekolah tersebut didirikan atas tanah milik persendirian?

Rujukan :
Pejabat Tanah http://ptgns.ns.gov.my/qry_cukailot.php?&daerah=04
CIDB http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=78069
SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx

1 ulasan: