Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Sabtu, 25 Februari 2012

KETAHUI PUNCA SAKIT KEPALA

Beberapa makanan mengandungi sebatian tertentu yang boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Anda sering mengalami sakit kepala? Banyak hal boleh menjadi penyebabnya, yang sering kita tidak disedariiaitu pengambilan makanan dan minuman. Kita selalu sahaja mengambil ubat penahan sakit kepala untuk menghilangkan rasa sakit kepala.

Cara untuk mengatasinya ada beberapa langkah yang perlu ingati dan dituruti dengan mengelakkan diri daripada mengambil makanan-makanan yang boleh menjadi penyebabkan sakit kepala itu. BrianGrosberg, MD, Ketua Inpatient Headache Program di Montefiore Medical Centre, New York, sepertidilapurkan dari Womansday.com, mendedahkan banyak makanan tertentu yang boleh menimbulkandan menjadi penyebab rasa sakit di kepala anda.

Di antaranya Hot dog, Burger, bahan perasa dan pelbagai daging olahan yang telah di awet. Semuanyamengandungi sebatian nitrat, iaitu bahan pengawet yang boleh penyebab sakit kepala. Ini adalah disebabkan kemungkinan boleh mengurangkan jumlah pengambilan oksigen dalam aliran darah serta menjadi punca utamanya sakit kepala.


Minuman red wine, dan ikan salai semuanya mengandungi tiramin, iaitu asid amino yang boleh memacu terjadinya migrain. Beberapa jenis makan daripada jenis kekacang juga diketahui mengandungi tiramin.Sebaiknya, berhati-hatilah sebelum mengambil sebarang kacang.

Sitrus, pisang, avokad, bawang dan mentega kacang belum diketahui secara jelas sebatian apa yang terkandung di dalamnya yang boleh mencetuskan rasa sakit kepala. Namun, beberapa kajianmenunjukkan ada hubungan antara pengambilan makanan tersebut dengan sakit kepala.

Moralnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan