Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Sabtu, 18 Februari 2012

90 peratus konflik dalam jemaah dan persatuan adalah berpunca dari komunikasi.

Di tempat kerja kita, untuk mengelakkan pertikaian berlaku berkaitan tugasan harian, kita sering berkomunikasi dalam mesyuarat, perbincangan. Banyak sekali komunikasi adalah melalui e-mel. Perbincangan melalui e-mel digalakkan di kalangan orang bawahan hinggalah ke pengurusan syarikat secara telus.


Ada kalanya satu topik perbincangan dibalas lebih 10 kali dalam 1 hari, agar semua pekerja di syarikat faham apa masalah yang berlaku, dan apa tindakan yang perlu dibuat. Dan dalam kitaran e-mel tersebut, pihak pengurusan tertinggi memantau dan memberi pandangan bila perlu.

Ingat, 90 peratus konflik di kalangan kita adalah berpunca dari komunikasi yang kurang berkesan atau lemah. Perbaikilah komunikasi sesama kita.

Jika di tempat kerja dengan semua kemudahan komunikasi, telefon, sidang video, e-mel dan sebagainya dapat menyelesaikan 90 peratus masalah tersebut, bayangkan jika kita hanya berjumpa setahun sekali ketika mesyuarat agung, sebulan sekali ketika mesyuarat bulanan dan sebagainya, sudah pasti 90 peratus masalah akan timbul.

Ada e-mel gunakan untuk perbaiki komunikasi. Ada SMS gunakan untuk perbaiki komunikasi dan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan