Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Isnin, 27 Februari 2012

10 negara paling kecil di dunia-tersangat kecil

10 negara yang paling kecil di dunia..hmmm…sangat kecil sebenarya..hehee..tetapi bukan macam Singapura atau Vatican yang kita memang tahu juga sebuah negara kecil..tetapi negara ni memang korang mungkin tak tahu langsung dan tak pernah dengar..apepun..korang baca kat bawah eh…

1. Pulau Rose
keluasan: 0.0004 km2
Populasi: Tidak diketahui
Pemimpin: Presiden Giorgio Rosa

Pada 1967, Giorgio Rosa, seorang yang berbangsa Itali, mendirikan sebuah bangunan diatas laut berdekatan pantai Rimini, Itali. Bangunan terapung itu memiliki restoran, kelab malam, dan kedai. Pada 1968, Rosa mengisytihar kemerdekaannya dari Itali.Itali menganggap usaha Rosa ini adalah satu jenayah. Kerajaan Itali kemudiannya meletupkan “negara” ini hingga lenyap dari muka bumi.

2. Waveland
Keluasan: 784 km2
Populasi: 0
Pemimpin: Greenpeace

Waveland adalah batu besar yang tak berpenghuni di tengah lautan dekat Britain. ianya menjadi rebutan Britain, Iceland, dan Denmark. Pada 1997, organisasi pecinta alam (Greenpeace), menduduki batu besar ini dan mengisytihar sebagai negara Waveland. Mereka menawarkan kewarganegaraan bagi sesiapapun . Ini merupakan bentuk protes terhadap penggerudian minyak yang terdapat di kawasan tersebut.

3. Republik Molossia
Keluasan: 58 km2
Populasi: 2-3
Pemimpin : Presiden Kevin Baugh

“Kerajaan Molossia” berada di Dayton, Nevada, Amerika Syarikat. Terdiri dari sebidang tanah yang dimiliki oleh Kevin Baugh. Dia berpakaian ala diktator, lengkap dengan seragam tentera.Dia juga mengakui mempunyai tanah di lautan pasifik dan Planet Venus (hahaha..giler..). “Negara Molossia” sebenarnya membayar Sewa tanah kepada Amerika Syarikat, tetapi dia menganggapnya ‘bantuan luar negeri’.

4. Negara Di Angkasa
Keluasan: Seluruh Angkasa, kecuali Bumi
Populasi: ??..(makhluk asing..hehe)
Pemimpin: James Thomas Mangan

Pada tahun 1949, seorang berbangsa Amerika, James Mangan, menuntut angkasa sebagai sebuah negara, Ini dilakukan sebagai upaya untuk mencegah negara-negara di dunia mengambil hak milik terhadap angkasa. Usaha Thomas banyak meraih simpati.Tetapi segala usahanya berakhir setelah dia mati

5. Sealand
Wilayah: 0.00055 km2
Populasi: 27 (2002)
Pemimpin : Michael Bates

Sealand berada sekitar 10 km dari pesisir pantai Britain. Awalnya merupakan benteng pertahanan pada Zaman Perang Dunia II pada tahun 1967. Paddy Roy Bates (Knock John) menghuni tempat ini dengan menjalankan stesen radio mereka Dia dan keluarganya kemudian menyatakan Sealand sebagai sebuah negara, sehingga menerbitkan pasport sendiri.Terdapat kejadian yang menarik pada 1978. Ketika Bates keluar negara, Alexander Achenbach yang mengaku sebagai Perdana Mentri Sealand, bersama beberapa warga Jerman dan Belanda, melakukan penaklukan terhadap wilayah ini. Kemudian Bates meminta bantuan tentera untuk merampas kembali Sealand, hingga akhirnya Achenbach dan “tenteranya” ditangkap. Karena Achenbach memiliki pasport Sealand, maka dia ditahan sebagai penghianat negara,tetapi “tenteranya” dibebaskan.

6.Kerajaan Other World
Keluasan: 0.02 km2
Populasi: Tidak diketahui
Pemimpin: Her Royal Majesty Queen Patricia I

Kerajaan Other World berasal dari sebuah resort di Republik Ceko yang memerdekakan negaranya sendiri.”Kerajaan” ini dipimpin oleh seorang wanita. Dalam kerajaan ini terdapat kasta-kasta. Bermula dari bangsawan bagi para pegawai yang semuanya adalah wanita, kerajaan ini bertujuan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin lelaki untuk dijadikan kasta terendah yang disebut budak. Kerajaan ini memiliki pasport mata wang, polisi, bendera, dan lagu kebangsaan sendiri..!!!!

7.Operasi Atlantis
Keluasan:Satu Kapal Laut
Populasi:Tidak Diketahui
Pemimpin:Werner Stiefel
Operasi Atlantis sebenarnya adalah sebuah projek perjalanan sebuah kapal laut yang diketuai oleh Werner Stiefel pada tahun 1971, yang bertujuan untuk membentuk komuniti merdeka di wilayah laut Antarabangsa, bebas dari dikendali negara-negara luar. Tetapi perjalanan kapal tersebut sangat menyedihkan dan akhirnya tenggelam dipukul ombak.

8. Kerajaan Talossa
Keluasan: 13 km2,+ sebahagian besar Antartika
Populasi: 120
Pemimpin: King John I
Pada tahun 1979, Ketika berumur 14 tahun, Robert Madison, mendirikan kerajaan Talossa. Pada mulanya ia menuntut hanya tempat tidurnya. Namun ketika umurnya meningkat, dia menuntut wilayah-wilayah yang lebih luas hingga akhirnya termasuk bahagian timur Milwakee, dan 2 buah pulau di Antartika dan Perancis.
9. Grand Duchy of Westarctica
Keluasan: 1.610.000 km2
Populasi: 0
Pemimpin: Jon-Lawrence Langer, Grand Duke of Westarctica
Westarctica adalah dataran ais yang luas di bagian barat Antartika, tak berpemilik sehingga 2001, ketika seorang berbangsa Amerika, Travis McHenry menemui kecacatan dalam perjanjian antara negara mengenai Antartika. Pada dasarnya, dalam perjanjian antara negara, tidak membenarkan sebarang negara untuk menuntut wilayah Antartika, tetapi tidak menyatakan apapun bagi ‘seorang individu’ yang berniat untuk menuntut wilayah tersebut. McHenry kemudian menuntut sebuah wilayah di bahagian barat Antartika.

10.Kerajaan Hutt River
Keluasan: 75km2
Populasi:20
Pemimpin:His Royal Highness Prince Leonard I
Kerajaan ini didirikan oleh Leonard Casley di tahun 1970. Negara Mini ini terbentuk ketika 5 keluarga besar yang memiliki kawasan kebun di Hutt River terlibat dengan perselisihan dengan pemerintah Australia. Keluarga tersebut telah melanggar peraturan pemerintah Australia yang membataskan hasil keluaran gandum yang hanya boleh dijual secara sah dalam waktu tertentu. Ketika di mahkamah Casley yang merupakan pemimpin 5 keluarga ini, mengumumkan dirinya sebagai “His Royal Highness Prince Leonard I” dia memanfaatkan peraturan lama yang menyebut apabila melangar peraturan sebuah kerajaan, dia akan dihukum sebagai penghianat, kemudian dia menggunakan peraturan ini sebagai usahanya untuk melepaskan diri dari Australia.


Read more: http://www.nescafeais.com/10-negara-paling-kecil-di-dunia-tersangat-kecil/#ixzz1nai4pUJU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan