Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Sabtu, 4 Februari 2012

4 Cara Meredakan Marah


Bila kita marah, Kita sebenarnya sedang meletakkan diri Kita di depan pintu gerbang sikap negatif.

Marah adalah emosi negatif paling kuat.

Sesiapa yang selalu marah maka dia adalah orang beremosi negatif. Sikapnya juga automatik jadi negatif.

Emosi negatif lain adalah benci, dendam, sakit hati, cemburu.

Marah Sifatnya Api

Apa saja bersifat api akan memusnahkan.

Memusnahkan persahabatan, memusnahkan motivasi, memusnahkan cinta antara suami isteri,

memusnahkan cinta antara seorang hamba dengan TUHAN juga memusnahkan iman di dalam diri.

Amatlah merugikan jika anda kehilangan yang dimiliki hanya kerana menurut nafsu amarah

demi kepuasan diri yang sementara.

Bila Kita marah, berikut adalah perkara yang Kita perlu lakukan.

1. Cuba bertenang.

Jangan lawan marah. Makin dilawan, makin terasa mau marah. Tenangkan diri. Tenangkan emosi.

Tarik nafas supaya kita beroleh kekuatan untuk menenangkan diri.

Hampirkan diri kita dengan tempat yang sejuk, yang kurang orang dan kurang kebisingan.

Lebih afdal jika kita dapat mengambil wuduk dengan segera.

2. Amalkan Maaf.

Maafkan orang yang kita marah dan jangan ingat lagi kesalahannya. Anggap tidak ada apa-apa berlaku.

Anggap macam biasa (Nota: hal ini sangat mencabar. Ia memerlukan latihan berterusan!

Ego mendorong kita tidak mahu melupakan perkara yang membuat kita marah.

Hati-hati dengan diri sendiri).

3.Turunkan ego.

Bagaimana?

Jangan ungkit pasal siapa kita, untuk mendabik dada dengan jawatan kita, duit kita,gaji kita, kedudukan kita, pangkatkita, anugerah-anugerah kita, pujian-pujian yang diberi kepada kita,tahap pendidikan kita, paling penting sekali jangan ungkit kebaikan-kebaikan kita.

Mengungkit hanya menyebabkan ganjaran pahala menjadi kosong , jangan sampai kita menjadi orang yang muflis di akhirat walaupun telah membuat beribu-ribu kebaikan.

Ingatlah dosa-dosa kita. Kita bukan siapa-siapa pun, cuma hamba yang hina.

Nafas kita dan nyawa kita bukan milik kita (semuanya milik Allah S.W.T) jadi tidak ada sebab untuk kita riak atau menyombong diri.

4. Beristighfarlah.

Mohon ampun kepada Allah. Istighfar dapat mencuci hati dan menghilangkan marah,

seperti mana air biasa menghilangkan kepanasan api yang sedang membara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan