10 Swimming Pool yang Awesome Di Dunia!
1. World’s biggest swimming pool
Dengan panjangnya 1,000 yards dan keluasannya 20 ekar, pool ni mempunyai kedalaman 115 kaki dan mampu menampung 66 juta gallons air.
Terletak di Chile, ianya adalah swimming pool terbesar di dunia menurut Guinness World Book of Records. Airnya sangat jernih dan korang boleh tengok sampai ke dasar walaupun pada point yg dalam.
2. The Devil’s Pool
Pernah dengar tentang Victoria Falls? Ianya adalah air terjun terbesar di dunia dan ianya terletak di sempadan Zambia dan Zimbabwe dan tingginya adalah 360 kaki.
Di atas air terjun ni, ada sebuah kolam yang dikebali dengan nama The Devil’s Pool. Airnya agak tenang, dan pada September hingga Oktober paras airnya agak rendah dan korang boleh berenang ketika itu disitu. Yang hebatnya, anda boleh berenang sampai betul2 hujung air terjun ni, dan enjoy pemandangan yang super awesome!
3. Hanging pool
Swimming pool yang unik ni terletak di hotel The Joule di Dallas, Texas. Dengan kedudukannya di tingkat 10, ianya terjulur sebanyak 8 kaki dari bangunan dan kelihatan tergantung, dan ini membolehkan pelancong yang tinggal di hotel menikmati pemandangan yang spectacular.
4. World’s largest indoor swimming pool
“Ocean Dome” yang terletak di Miyazaki ni adalah indoor swimming pool yang terbesar di dunia, dengan panjangnya 300 meter, lebar 100 meter dan terletak hanya 500 meter dari laut.
Suhu didalam dome ni sentiasa 30 darjah walaupun pada musim sejuk, dan ianya dilengkapi dengan artificial volcano, wave pool dan juga “awan”!
5. Pool “next” to the sea
Swimming pool dinamakan The Iceberg, dan ianya terletak di Bondi Beach, Sydney Australia. Dengan 8 lane sepanjang 50 meter, ianya betul2 di tepi pantai dan sering terkena ombak pantai yang tinggi. Its open for public, dan korang hanya perlu bayar 5 AUD untuk masuk!
6. Blood-red pool
Swimming pool yang pelik ni terletak di The Library, sebuah hotel di Chaweng Beach, Koh Samui. Bukan setakat itu saja, hotel ni juga mempunyai pokok2 yang tumbuh seolah2 menembusi hotel ni.
7. Playboy’s swimming pool
Kalau anda bukan orang kaya atau sexy bunny, lupakanlah hasrat untuk berenang di swimming pool super mewah milik Hugh Hefner ni. Terletak di Hugh Hefner Sky Villa di The Palms, Las Vegas, ianya siap dengan whirpool, bersaiz seluas 2 ekar, dan lengkap dengan DJ, outdoor concert, 3 bar dan 27 private cabanas yang ada 32″ flat screen tv, peti ais dan kipas angin! Luxurious!
8. World’s deepest indoor swimming pool
Yang ni actually adalah diving pool. The Nemo 33 Diving Pool di Belgium ni adalah 33 meter deep dan mampu menampung 2,500,000 liter air yang tidak berklorin, malah airnya adalah natural spring water yang dikekalkan suhunya pada 30 °C.
9. The global warming swimming pool
Yang ni sebenarnya adalah hasil kreativiti satu agensi pengiklanan bernama Ogilvy & Mather Mumbai di India. Iklan ni adalah untuk HSBC yang mana ianya untuk raise awareness tentang global warming. Agensi ni dengan bijaknya telah mengambil gambar New York dari udara dan menampalkannya di dasar swimming pool, so ianya kelihatan seperti New York dah tenggelam!
10. Infinity indoor pool
Swimming pool yang cool ni terletak di tingkat atas Crown Towers Hotel, Taipa Island, Macau. Pemandangan matahari terbenam dari swimming pool sangatlah amazing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan