Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Isnin, 27 Februari 2012

10 negara paling kecil di dunia-tersangat kecil

10 negara yang paling kecil di dunia..hmmm…sangat kecil sebenarya..hehee..tetapi bukan macam Singapura atau Vatican yang kita memang tahu juga sebuah negara kecil..tetapi negara ni memang korang mungkin tak tahu langsung dan tak pernah dengar..apepun..korang baca kat bawah eh…

1. Pulau Rose
keluasan: 0.0004 km2
Populasi: Tidak diketahui
Pemimpin: Presiden Giorgio Rosa

Pada 1967, Giorgio Rosa, seorang yang berbangsa Itali, mendirikan sebuah bangunan diatas laut berdekatan pantai Rimini, Itali. Bangunan terapung itu memiliki restoran, kelab malam, dan kedai. Pada 1968, Rosa mengisytihar kemerdekaannya dari Itali.Itali menganggap usaha Rosa ini adalah satu jenayah. Kerajaan Itali kemudiannya meletupkan “negara” ini hingga lenyap dari muka bumi.

2. Waveland
Keluasan: 784 km2
Populasi: 0
Pemimpin: Greenpeace

Waveland adalah batu besar yang tak berpenghuni di tengah lautan dekat Britain. ianya menjadi rebutan Britain, Iceland, dan Denmark. Pada 1997, organisasi pecinta alam (Greenpeace), menduduki batu besar ini dan mengisytihar sebagai negara Waveland. Mereka menawarkan kewarganegaraan bagi sesiapapun . Ini merupakan bentuk protes terhadap penggerudian minyak yang terdapat di kawasan tersebut.

3. Republik Molossia
Keluasan: 58 km2
Populasi: 2-3
Pemimpin : Presiden Kevin Baugh

“Kerajaan Molossia” berada di Dayton, Nevada, Amerika Syarikat. Terdiri dari sebidang tanah yang dimiliki oleh Kevin Baugh. Dia berpakaian ala diktator, lengkap dengan seragam tentera.Dia juga mengakui mempunyai tanah di lautan pasifik dan Planet Venus (hahaha..giler..). “Negara Molossia” sebenarnya membayar Sewa tanah kepada Amerika Syarikat, tetapi dia menganggapnya ‘bantuan luar negeri’.

4. Negara Di Angkasa
Keluasan: Seluruh Angkasa, kecuali Bumi
Populasi: ??..(makhluk asing..hehe)
Pemimpin: James Thomas Mangan

Pada tahun 1949, seorang berbangsa Amerika, James Mangan, menuntut angkasa sebagai sebuah negara, Ini dilakukan sebagai upaya untuk mencegah negara-negara di dunia mengambil hak milik terhadap angkasa. Usaha Thomas banyak meraih simpati.Tetapi segala usahanya berakhir setelah dia mati

5. Sealand
Wilayah: 0.00055 km2
Populasi: 27 (2002)
Pemimpin : Michael Bates

Sealand berada sekitar 10 km dari pesisir pantai Britain. Awalnya merupakan benteng pertahanan pada Zaman Perang Dunia II pada tahun 1967. Paddy Roy Bates (Knock John) menghuni tempat ini dengan menjalankan stesen radio mereka Dia dan keluarganya kemudian menyatakan Sealand sebagai sebuah negara, sehingga menerbitkan pasport sendiri.Terdapat kejadian yang menarik pada 1978. Ketika Bates keluar negara, Alexander Achenbach yang mengaku sebagai Perdana Mentri Sealand, bersama beberapa warga Jerman dan Belanda, melakukan penaklukan terhadap wilayah ini. Kemudian Bates meminta bantuan tentera untuk merampas kembali Sealand, hingga akhirnya Achenbach dan “tenteranya” ditangkap. Karena Achenbach memiliki pasport Sealand, maka dia ditahan sebagai penghianat negara,tetapi “tenteranya” dibebaskan.

6.Kerajaan Other World
Keluasan: 0.02 km2
Populasi: Tidak diketahui
Pemimpin: Her Royal Majesty Queen Patricia I

Kerajaan Other World berasal dari sebuah resort di Republik Ceko yang memerdekakan negaranya sendiri.”Kerajaan” ini dipimpin oleh seorang wanita. Dalam kerajaan ini terdapat kasta-kasta. Bermula dari bangsawan bagi para pegawai yang semuanya adalah wanita, kerajaan ini bertujuan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin lelaki untuk dijadikan kasta terendah yang disebut budak. Kerajaan ini memiliki pasport mata wang, polisi, bendera, dan lagu kebangsaan sendiri..!!!!

7.Operasi Atlantis
Keluasan:Satu Kapal Laut
Populasi:Tidak Diketahui
Pemimpin:Werner Stiefel
Operasi Atlantis sebenarnya adalah sebuah projek perjalanan sebuah kapal laut yang diketuai oleh Werner Stiefel pada tahun 1971, yang bertujuan untuk membentuk komuniti merdeka di wilayah laut Antarabangsa, bebas dari dikendali negara-negara luar. Tetapi perjalanan kapal tersebut sangat menyedihkan dan akhirnya tenggelam dipukul ombak.

8. Kerajaan Talossa
Keluasan: 13 km2,+ sebahagian besar Antartika
Populasi: 120
Pemimpin: King John I
Pada tahun 1979, Ketika berumur 14 tahun, Robert Madison, mendirikan kerajaan Talossa. Pada mulanya ia menuntut hanya tempat tidurnya. Namun ketika umurnya meningkat, dia menuntut wilayah-wilayah yang lebih luas hingga akhirnya termasuk bahagian timur Milwakee, dan 2 buah pulau di Antartika dan Perancis.
9. Grand Duchy of Westarctica
Keluasan: 1.610.000 km2
Populasi: 0
Pemimpin: Jon-Lawrence Langer, Grand Duke of Westarctica
Westarctica adalah dataran ais yang luas di bagian barat Antartika, tak berpemilik sehingga 2001, ketika seorang berbangsa Amerika, Travis McHenry menemui kecacatan dalam perjanjian antara negara mengenai Antartika. Pada dasarnya, dalam perjanjian antara negara, tidak membenarkan sebarang negara untuk menuntut wilayah Antartika, tetapi tidak menyatakan apapun bagi ‘seorang individu’ yang berniat untuk menuntut wilayah tersebut. McHenry kemudian menuntut sebuah wilayah di bahagian barat Antartika.

10.Kerajaan Hutt River
Keluasan: 75km2
Populasi:20
Pemimpin:His Royal Highness Prince Leonard I
Kerajaan ini didirikan oleh Leonard Casley di tahun 1970. Negara Mini ini terbentuk ketika 5 keluarga besar yang memiliki kawasan kebun di Hutt River terlibat dengan perselisihan dengan pemerintah Australia. Keluarga tersebut telah melanggar peraturan pemerintah Australia yang membataskan hasil keluaran gandum yang hanya boleh dijual secara sah dalam waktu tertentu. Ketika di mahkamah Casley yang merupakan pemimpin 5 keluarga ini, mengumumkan dirinya sebagai “His Royal Highness Prince Leonard I” dia memanfaatkan peraturan lama yang menyebut apabila melangar peraturan sebuah kerajaan, dia akan dihukum sebagai penghianat, kemudian dia menggunakan peraturan ini sebagai usahanya untuk melepaskan diri dari Australia.


Read more: http://www.nescafeais.com/10-negara-paling-kecil-di-dunia-tersangat-kecil/#ixzz1nai4pUJU

15 Negara Terkaya Di Dunia.

Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :

Senarai Negara Terkaya Di Dunia

  1. #Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065)
  2. #Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980)
  3. #Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980)
  4. #Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629)
  5. #Brunei - KDNK per kapita sekitar AS$48,000
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia :

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  • Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi

Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :

  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.

negara terkaya Negara Terkaya Di Dunia. Negara Jiran Malaysia   Brunei, Singapura Tersenarai!!Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.

Harapan kami pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah kami mahu melihat :

Ahad, 26 Februari 2012

10 pintu syaitan di alam nyata

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.
Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini, kita akan berkongsi pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Sabtu, 25 Februari 2012

DENDA BERLENGAN PENDEK

Kenapa Manusia Mati Dengan Mata Terbeliak?

Pernahkan anda melihat orang nazak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jika belum pernah, elok jika anda berusaha untuk melihatnya sebelum anda menemui ajal anda sendiri. Melihat orang mati dapat mententeramkan nafsu buas yang berkocak. Melihat orang mati juga membuatkan kita tersedar agar jangan lalai serta leka dengan kehidupan dunia.

Jika anda biasa melihat orang mati, anda tentu pernah melihat orang yang mati dengan keadaan matanya yang terbeliak. Tahukah anda kenapa? Berikut adalah jawapannya:

Hadith:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:� Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?� Jawab mereka, Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.� Sabda baginda lagi: �Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.

Huraian Hadith:

Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan husnul khatimah� atau su'ul khatimah�, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah.

Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:� Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka.

Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga.� (Bukhari).

Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (su'ul khatimah�) dalam mengakhiri ajal seseorang.

Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.

KETAHUI PUNCA SAKIT KEPALA

Beberapa makanan mengandungi sebatian tertentu yang boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Anda sering mengalami sakit kepala? Banyak hal boleh menjadi penyebabnya, yang sering kita tidak disedariiaitu pengambilan makanan dan minuman. Kita selalu sahaja mengambil ubat penahan sakit kepala untuk menghilangkan rasa sakit kepala.

Cara untuk mengatasinya ada beberapa langkah yang perlu ingati dan dituruti dengan mengelakkan diri daripada mengambil makanan-makanan yang boleh menjadi penyebabkan sakit kepala itu. BrianGrosberg, MD, Ketua Inpatient Headache Program di Montefiore Medical Centre, New York, sepertidilapurkan dari Womansday.com, mendedahkan banyak makanan tertentu yang boleh menimbulkandan menjadi penyebab rasa sakit di kepala anda.

Di antaranya Hot dog, Burger, bahan perasa dan pelbagai daging olahan yang telah di awet. Semuanyamengandungi sebatian nitrat, iaitu bahan pengawet yang boleh penyebab sakit kepala. Ini adalah disebabkan kemungkinan boleh mengurangkan jumlah pengambilan oksigen dalam aliran darah serta menjadi punca utamanya sakit kepala.


Minuman red wine, dan ikan salai semuanya mengandungi tiramin, iaitu asid amino yang boleh memacu terjadinya migrain. Beberapa jenis makan daripada jenis kekacang juga diketahui mengandungi tiramin.Sebaiknya, berhati-hatilah sebelum mengambil sebarang kacang.

Sitrus, pisang, avokad, bawang dan mentega kacang belum diketahui secara jelas sebatian apa yang terkandung di dalamnya yang boleh mencetuskan rasa sakit kepala. Namun, beberapa kajianmenunjukkan ada hubungan antara pengambilan makanan tersebut dengan sakit kepala.

Moralnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

CARA MENGATASI SAKIT BELAKANG ATAU SAKIT PINGGANG

Tahukah anda diantara 8 daripada 10 orang pernah mengalami sakit belakang dalam hidupnya.Khususnya wanita, yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagimemakai kasut tumit tinggi.

Kehamilan, lalu menggendong anak selama berjam-jam juga jadi punca sakit belakang pada wanita. Demimengurangkan risiko sakit punggung yang menyeksa, lakukan saja empat langkah berikut yangdilaporkan dari Health.com

Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg anda, melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beg anda terlalu beratdan boleh menyebabkan sakit belakang. Untuk itu akan kurangkan kandungan beg, bawalah barang yang anda benar-benar penting. Bawa juga tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah begmenyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.


Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang terasa selesa, namun ini juga tak terlalu baik untuk kesihatantulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tiduri, tidak terlalu empuk atau terlalu keras.Tilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secara stabil saat tidur.


Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi punggung dari kecederaan. Lakukan sajalatihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaring telentang dengan lutut ditekukdan kaki menempel di tingkat. Lalu, secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.


Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti sudah tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun, para penyelidikJepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangat diperlukan untuk menguatkan tulang, iaituvitamin K.

Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin K, berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang, sehingga membuatnya lebih padat. Ketika tulang anda kuat,maka tubuh semakin fit dan risiko mengalami kecederaan yang menyebabkan sakit belakang punberkurang.

PETAI BOLEH MENYEHATKAN TUBUH BADAN




Aroma petai memang terkadang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Tapi bagi sebahagian orang ianya boleh membangkitkan selera makan. Menurut kajian, petai mengandungi asid amino yangsangat bermanfaat bagi tubuh badan.

Tumbuhan yang mempunyai nama latin Parkia Speciosa ini sangat popular di negara-negara AsiaTenggara. Petai dijadikan campuran berbagai masakan kerana rasanya yang sangat khas dan dan bolehmemperkaya rasa dan aroma masakan

Anda pasti sudah sedia maklum dengan sambal petai, sambal tempoyak petai atau sebarang jenis masakan yang ditambah petai, hingga kepada petai yang dibakar mahupun direbus atau di jerukan.Dengan mengambil petai, ternyata boleh membuat kulit, tulang, dan rambut kita menjadi lebih sihat mengikut kajiannya.

Menurut data World Agroforestry Centre (WAC), petai mengandungi sebatian yang disebut, cystine. Ini merupakan sebatian sulfur yang mengandungi asid amino dan sangat penting bagi pembentukan selkulit, tulang dan rambut.


Cystine ini juga diperlukan dalam pembentukan glutathione, salah satu zat antioksidan yang berfungsimenghalang radikal bebas. Bagi anda yang mempunyai gangguan kadar gula darah yang tinggi, tak ada salahnya mengambil petai. Sebabnya, sebatian pada petai diketahui boleh menurunkan level kadar gula dalam darah.

Namun, pastikan anda mengambil petai ini, dengan cara tidak berlebihan. Ini adalah disebabkan beberapa kajian menyebutkan petai boleh membahayakan buah pinggang jika sekiranya diambil dengan kadar yang berlebihan..

15 Perkara Penyebab Berlakunya Bala

15 Perkara Penyebab Berlakunya Bala | Seperti kejadian sebelum-sebelum ini kita dapat melihat pelbagai jenis peristiwa bencana yang telah berlaku di seluruh dunia. Antaranya seperti kejadian bencana tsunami, gempa bumi, gunung berapi meletus dan sebagainya. Setiap kejadian tersebut kita tidak boleh menganggap ia sebagai satu peristiwa biasa, tetapi ia perlu dibuat sebagai renungan sama ada bala daripada Allah SWT yang mempunyai mesej sebagai peringatan kepada hambaNya.

Dalam bahasa Arab dan al-Quran bala bermaksud ujian baik dan ujian buruk yang dihadapi seseorang. Bala (cubaan) pula boleh merupakan dalam perkara baik dan perkara tidak baik, menurut kamus tersebut. Jadi yang dimaksud bala dalam agama itu bukan hanya bencana sahaja, tetapi kemewahan hidup pun juga termasuk bala. Allah berfirman:

“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
(al-Anbia’: 35)

Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah dan segala suruhan Allah, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja.

Didatangkan lagi 15 perkara penyebab berlakunya bala sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:

  1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
  2. Amanat dianggap ghanimah.
  3. Membayar zakat dianggap merugikan.
  4. Suami tunduk pada isterinya.
  5. Derhaka terhadap ibu.
  6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.
  7. Menbenci ayah.
  8. Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.
  9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
  10. Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.
  11. Minum arak berleluasa.
  12. Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.
  13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.
  14. Permainan muzik merata rata.
  15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi’in dan para imam muktabar. Daripada 15 yang disenaraikan di atas, hampir ke semuanya sudah berlaku pada zaman kini. Benarlah, umat akhir zaman merupakan umat yang paling banyak berbuat dosa. Ya Allah, Kau Ampunilah Dosa-Dosa Kami, Aminn…

Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah - NUTP

Apabila kerajaan mengumumkan tiada lagi yuran sekolah untuk sesi 2012 dan yuran PIBG perlu dikaji semula dan belum boleh dikutip, yang menjadi mangsa akhirnya para guru yang terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk menanggung perbelanjaan sampingan pengurusan sekolah seperti fotostat kertas soalan peperiksaan dan sebagainya. Begitu juga sekolah yang berlumba-lumba mendapat anugerah kecemerlangan, para guru sekali lagi menjadi mangsa datang awal dari waktu biasa, balik lewat dari waktu biasa. Apabila para guru tiada lagi keikhlasan dan keseronokan dalam bertugas hanya paksaan, akhirnya yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.

Jumaat Februari 24, 2012

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, sehubungan itu wakil guru sekolah di BatuPahat tersebut telah membuat laporan kepada NUTP Rabu lepas.

Pentabir sekolah dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 50 guruberkenaan untuk membuat sumbangan berikutan kenaikan gred mereka ke gred tersebut.

"Tujuan kutipan wang tersebut tidak diberikan penjelasan yang lengkap dan kaedah pengumpulan itu hanya tertera kepada guru yang memegang jawatan itu," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Hashim berkata, sebarang kutipan wang dari pihak sekolah, sama ada melibatkan guru atau ibu bapa perlu mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran.

"Segala urusan pengumpulan wang harus mempunyai persetujuan semua pihak terutamanya bagi yang terlibat dan pihak sekolah perlu mengeluarkan keterangan lengkap berkenaan kegunaan wang itu," katanya.

Hashim turut membangkitkan mengenai aduan daripada guru-guru sebuah sekolah di Senai, Johor yang dipaksa hadir di sekolah 15 minit sebelum pukul 7 pagi, berbeza dengan peraturan biasa yang guru hanya harus berada di kawasan sekolah pada 7.40 pagi atau 7.50 pagi.

"Guru-guru ini terpaksa keluar lebih awal dari rumah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau di rumah penjaga anak sebelum bergegas untuk ke sekolah," katanya.

Beliau berkata, ini secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada guru dan menganggu keberkesanan pengajaran mereka di bilik darjah. - BERNAMA

Khamis, 23 Februari 2012

Subhanallah! Pokok Kelapa Bercabang Tujuh..



Kereta Boleh Lipat



Masalah parkir melanda di semua negara maju. Masalah kos tenaga yang semakin meningkat juga menjadi mimpi buruk semua negara maju. Bagi mereka yang mempunyai kereta tentu inginkan sebuah kereta yang mudah digunakan, menjimatkan dan senang diletakkan di kawasan parkir yang sempit.

Kini impian tersebut telah menjadi kenyataan. Sebuah kereta bertenaga elektrik telah direka yang mana tanpa penggunaan minyak, tangki dan lain-lain peralatan yang diperlukan untuk sebuah kereta minyak tidak perlu dipasang dan ini membolehkan kereta tersebut dilipat menjadi lebih kecil bagi memudahkan aktiviti parkir.