Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Ahad, 10 November 2013

BOOMERS, GEN X, GEN Y, DARI MANA ISTILAH INI DATANG?

Sekarang ini, ramai manusia di Malaysia yang menggunakan ungkapan-ungkapan gen-Y, Gen-X, boomers dan macam-macam lagi kategori manusia mengikut usia. Ungkapan ini tiba-tiba jadi terkenal apabila banyak blog-blog yang mengkategorikan pengundi mengikut umur.
Dulu kita panggil golongan saluran 1, saluran 2 atau apa-apa saluran. Tapi sekarang guna X, Y dan boomers.
Dari mana ungkapan ini sebenarnya datang? Apa kata kita kaji.

Apa itu Boomers?
Istilah yang sebenar kepada Boomers adalah Baby Boomers. Baby Boomers pula diistilahkan sesiapa yang lahir di Amerika Syarikat dari tahun 1946 hingga 1964.

Dari mana Baby Boomers datang?
Baby Boomers datang apabila berakhirnya perang dunia kedua. Setelah perang tamat pada tahun 1945, lambakan lelaki yang pulang dari medan perang, memperolehi pekerjaan, kemudian kahwin dan memulakan institusi keluarga masing-masing. Oleh itu, dengan lambakan bekas askar yang berkahwin dengan serentak, maka anjakan kelahiran ketika itu meningkat dengan drastik (lebih 1 juta bayi pada tahun 1946 berbanding 1945). Dan lonjakan kelahiran yang tinggi ini berhenti pada tahun 1964.
Kerana 'baby boom' dari tahun 1945 hingga 1964 ini, maka mereka dipanggil Baby Boomers.

Apa itu Generasi X?
Generasi dimana mereka hidup dalam ekonomi yang tidak menentu dan legasi kepada boomers.
Generasi X adalah satu ungkapan generasi yang lahir diantara 1964 hingga 1981, betul-betul selepas pos perang dunia kedua baby boom (1946-1964). Generasi X ini selalunya diungkapkan sebagai Gen-X dan kumpulan Generasi X ini dipanggil Gen Xers. Ada satu ketika, GenX ini dipanggil generasi 'baby bust' kerana penurunan kadar kelahiran yang bermula pada tahun 1964, secara rasminya menamatkan baby boom.

Generasi Y
Lahir pada pertengahan 1980-an dan keatas. Generasi dimana profesional guaman dalam lingkungan 20-an dan baru sahaja masuk ke alam pekerjaan. Generasi Y (atau diberi nama 'Millenials') adalah generasi yang paling cepat membesar dari segi jumlah kekuatan pekerjaan law firms.

Generasi Z
Generasi Z (atau diberi nama Generasi M (multitasking), Generasi C (Connected Generation), theNet Generation, atau Generasi Internet) adalah ungkapan terkini di Amerika Syarikat dan negara barat yang lain bagi kumpulan manusia yang lahir pada tahun 1990-an sehingga sekarang.

Jadi rakan-rakan semua,  nama inilah dia sejarah nama-nama Genx, Y dan boomers terbit dalam istilah bahasa Melayu sekarang.

Mati ditembak selepas jawab salam

Kuantan: Dua lelaki berlagak alim, memberi salam untuk mengumpan Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek keluar dari rumah, sebelum dia ditembak mati di Indera Mahkota 2, di sini semalam.

Isteri mangsa, Rosmahwani Abdul Wahab, 41, berkata ketika kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, dia bersama suami serta seorang daripada empat anak berada di dalam rumah di Lorong 2/29 sebelum terdengar panggilan salam dari dua lelaki berjubah yang keluar dari sebuah kereta. 
“Arwah ketika itu sedang menggantung langsir dan saya kemudian masuk ke dalam bilik sebelum terdengar suami bertanya ‘nak singgah ke’. Seketika kemudian, terdengar bunyi tembakan, diikuti jeritan anak, Mohd Amin, 15, yang memanggil ayahnya,” katanya yang terus bergegas keluar dan mendapati suaminya terbaring berlumuran darah. 



Suri rumah berkenaan yang menerima kejadian menimpa suaminya itu sebagai ketentuan Tuhan, berkata dia juga sempat melihat sebuah kereta meninggalkan kawasan depan kediaman mereka sebelum beberapa jiran yang turut terdengar bunyi tembakan datang ke rumahnya.

“Beberapa hari sebelum ini, saya perasan kenderaan sama sering berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan kami, tapi tak pernah sangka sesuatu yang buruk,” katanya yang tidak menyangka sikap arwah yang kelihatan lebih mesra bersama anak-anak bagai petanda suaminya itu akan meninggalkan mereka.

sumber : bharian

CIMB Tersenarai Antara 10 Pasaran Modal Ekuiti Utama Di Australia Bagi 2013


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Cabang perbankan pelaburan Australia CIMB telah menjadi penaja jamin tunggal bagi penempatan 91.5 juta saham bernilai A$503 juta (RM 1.5 bilion) dalam Fortescue Metals Group, pengeluar bijih besi keempat terbesar dunia.

Ini adalah urus niaga penempatan blok terbesar di Australia setakat ini tahun ini.

Dengan harga A$5.50 sesaham, saham ini berjaya ditempatkan sepenuhnya dalam masa dua jam selepas pasaran ditutup Khamis lepas.

Urus niaga ini melonjakkan CIMB kepada antara 10 pasaran modal ekuiti utama di Australia bagi 2013, melengkapkan kedudukan semasanya antara 10 utama dalam perniagaan nasihat gabungan dan pemerolehan bank itu.

"Kini telah setahun selepas kami melancarkan operasi Australia kami. Penyelesaian berjaya urus niaga Fortescue adalah bukti kekukuhan dan keupayaan francais yang telah kami bina dalam masa yang singkat ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB," dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi perbankan Australia CIMB dilancarkan pada November 2012 dan menawarkan perkhidmatan nasihat perbankan pelaburan, pengumpulan dana ekuiti dan pasaran modal, perkhidmatan pembrokeran dan penyelidikan.

-- BERNAMA

Jongkong emas tanda kasih

Jongkong emas tanda kasih
Jongkong emas seberat kira-kira satu kilogram yang terukir kata-kata Fizo Loves Mawar menjadi antara hantaran pelakon, Fizo Omar kepada suri hidupnya, Mawar Abdul Karim, 24. 

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, memberitahu, dia menabung demi memenuhi niat menghadiahkan jongkong emas kepada gadis yang bergelar isteri, sejak lama dulu. 
“Alhamdulillah, majlis pernikahan ini dipermudahkan Allah. Mengenai jongkong emas, ia memang hajat saya kerana isteri yang akan mengambil alih menjaga saya daripada ibu. 


“Sudah pasti tanggungjawab semakin besar, tetapi saya sudah bersedia menggalasnya. 

Kami bersama-sama mencari berkat Tuhan dan mahu meramaikan umat,” katanya selepas majlis pernikahan yang berlangsung kira-kira jam 9.30 pagi di Country Heights, Kajang, semalam.

Dengan sekali lafaz, Mawar yang juga pengurus pemasaran di syarikat milik keluarga, sah menjadi milik pelakon dan pengacara Nasi Lemak Kopi O. Mempelai dinikahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abdul Samat.

Fizo menyerahkan mas kahwin RM506 dan tujuh dulang hantaran termasuk cincin, tas tangan, skuter Vespa dan kek berbentuk burger. Pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk motosikal Ducati, helmet, sepatu serta senaskhah alQuran. 
Nilai wang hantaran dirahsiakan.

sumber : berita harian

Khamis, 7 November 2013

Remaja Hina Islam Ditahan Di Melaka


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka pada Khamis bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan.
Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam ini dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
Zainuddin berkata remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan tagih dengan permainan komputer. -BERNAMA

SPM 2013 : PUNCA KEMATIAN MENGEJUT CALON SPM MAAHAD SANIAH PASIR PUTEH, TERJAWAB

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita kematian PELAJAR MAAHAD SANIAH MENINGGAL DUNIA KETIKA MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), Nursyazwani Arifin , dimana beliau antara calon SPM Maahad Saniah, Pasir Puteh yang menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM). Pelajar terbaik Maahad Saniah di sini meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal , Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM), punca kematian adalah kerana pecah salur darah ke jantung. SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUAT ARWAH..
AL FATIHAHAL-FATIHAH

Rabu, 6 November 2013

19 KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN




Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah swt perlu memperbanyak syariat harian yang dianjurkan oleh Rasullulah saw demi mencapai martabat al-mukarabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya . 

Antara amalan-amalan mulia ialah membaca al-quran, istighfar, berzikir,berselawat dan berdoa . Berikut adalah beberapa kelebihan membaca Al-Quran ialah : 

1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2- Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali . 

3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga . 

4- Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5- Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat . 

6- Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela . 

7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga . 

8- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat . 

9- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin . 

10-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka . 

11-Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit . 

12-Jika dibaca di dalam rumah , akan memberi cahaya kepada rumah itu . 

13-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat .

14-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat .

15-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari , mengajar dan menghayati ajaran al-Quran . 

16-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat . 

17-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup . 

18-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti . 

19-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan . 


3 Masa yang diutamakan membaca al-Quran 

1- Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah utama . 
2- Antara Maghrib dan Isyak . 
3- Sesudah solat Subuh . 


Petikan : 

Buku "Indahnya Hidup Bersyariat " 
Halaman 258-259 
Dato' Ismail Kamus