Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Ahad, 10 November 2013

CIMB Tersenarai Antara 10 Pasaran Modal Ekuiti Utama Di Australia Bagi 2013


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Cabang perbankan pelaburan Australia CIMB telah menjadi penaja jamin tunggal bagi penempatan 91.5 juta saham bernilai A$503 juta (RM 1.5 bilion) dalam Fortescue Metals Group, pengeluar bijih besi keempat terbesar dunia.

Ini adalah urus niaga penempatan blok terbesar di Australia setakat ini tahun ini.

Dengan harga A$5.50 sesaham, saham ini berjaya ditempatkan sepenuhnya dalam masa dua jam selepas pasaran ditutup Khamis lepas.

Urus niaga ini melonjakkan CIMB kepada antara 10 pasaran modal ekuiti utama di Australia bagi 2013, melengkapkan kedudukan semasanya antara 10 utama dalam perniagaan nasihat gabungan dan pemerolehan bank itu.

"Kini telah setahun selepas kami melancarkan operasi Australia kami. Penyelesaian berjaya urus niaga Fortescue adalah bukti kekukuhan dan keupayaan francais yang telah kami bina dalam masa yang singkat ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB," dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi perbankan Australia CIMB dilancarkan pada November 2012 dan menawarkan perkhidmatan nasihat perbankan pelaburan, pengumpulan dana ekuiti dan pasaran modal, perkhidmatan pembrokeran dan penyelidikan.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan