Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Ahad, 10 November 2013

Mati ditembak selepas jawab salam

Kuantan: Dua lelaki berlagak alim, memberi salam untuk mengumpan Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek keluar dari rumah, sebelum dia ditembak mati di Indera Mahkota 2, di sini semalam.

Isteri mangsa, Rosmahwani Abdul Wahab, 41, berkata ketika kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, dia bersama suami serta seorang daripada empat anak berada di dalam rumah di Lorong 2/29 sebelum terdengar panggilan salam dari dua lelaki berjubah yang keluar dari sebuah kereta. 
“Arwah ketika itu sedang menggantung langsir dan saya kemudian masuk ke dalam bilik sebelum terdengar suami bertanya ‘nak singgah ke’. Seketika kemudian, terdengar bunyi tembakan, diikuti jeritan anak, Mohd Amin, 15, yang memanggil ayahnya,” katanya yang terus bergegas keluar dan mendapati suaminya terbaring berlumuran darah. 



Suri rumah berkenaan yang menerima kejadian menimpa suaminya itu sebagai ketentuan Tuhan, berkata dia juga sempat melihat sebuah kereta meninggalkan kawasan depan kediaman mereka sebelum beberapa jiran yang turut terdengar bunyi tembakan datang ke rumahnya.

“Beberapa hari sebelum ini, saya perasan kenderaan sama sering berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan kami, tapi tak pernah sangka sesuatu yang buruk,” katanya yang tidak menyangka sikap arwah yang kelihatan lebih mesra bersama anak-anak bagai petanda suaminya itu akan meninggalkan mereka.

sumber : bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan