Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 28 Mac 2018

Kunjungan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N. Sembilan Ke PdPc Matematik Mohd Nizam Bin Mad Tahir

Kunjungan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N.Sembilan, Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali Ke PdPc Matematik 
Mohd Nizam Mad Tahir


PdPc Matematik Karnival Pustakob 2018

Tempat: SMK Dato' Sedia Raja, Rembau


Tarikh: 28 Mac 2018



Terima Kasih Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N.Sembilan (JPNNS) atas kesudian mengunjungi PdPc Matematik kelas saya (5UKM). Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua, insya Allah. Amin



Karnival Pustakob merupakan salah satu karnival ilmu yang dianjurkan oleh SMK Dato' Sedia Raja, Rembau atau lebih dikenali sebagai DASERA yang diketui oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Jamri Bin Ahmad.

Antara objektifnya adalah untuk melahirkan "Anak Yang Baik Lagi Cerdik" menerusi kecemerlangan pendidikan dan sahsiah yang tinggi.

Memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti kepanitiaan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

Menyediakan ruang dan peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan untuk memimpin menerusi aktiviti yang disertai.

Melahirkan pelajar yang berbakat dan dididik dengan keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelektual serta sosial.

Memupuk sikap toleransi, kerjasama, bertanggungjawab dan bersahsiah terpuji.

Salah satu aktiviti di bawah unit akademik adalah PdPc Matematik. Alhamdulillah saya telah terpilih dan diberi kepercayaan untuk melaksanakan PdPc Matematik bersama dengan pelajar kelas 5 UKM. 

Walaupun pelajar 5 UKM terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti pada hari berkenaaan, saya puji sikap mereka yang pandai membahagikan masa dan sanggup berkorban masa demi mendengar celoteh saya dalam menyampaikan ilmu Matematik yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah pelajar 5 UKM dapat menahan kesabaran mendengar celoteh dan perkongsian saya sehingga tamat proses PdPc. 

Semoga semua murid SMK Dato' Sedia Raja, Rembau atau DASERA mencapai kejayaan dalam SPM 2018 terutamanya subjek saya Matematik. Insya Allah, Amin.

Di sini saya kongsikan serba sedikit gambar-gambar sepanjang Program PdPc Matematik bersama pelajar 5 UKM dan telah dikunjungi oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N.Sembilan (JPNNS), Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.


Penerangan dan aktiviti PdPc disaksikan oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N.Sembilan (JPNNS)Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali dan para tetamu kehormat yang lain


Penerangan dan aktiviti PdPc disaksikan oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N.Sembilan (JPNNS)Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali dan para tetamu kehormat yang lain

Kunjungan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N.Sembilan (JPNNS)Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali Ke PdPc Matematik 
Mohd Nizam Mad Tahir
 
Kunjungan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N.Sembilan (JPNNS)Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali Ke PdPc Matematik 
Mohd Nizam Mad Tahir


Kunjungan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan N.Sembilan (JPNNS)Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali Ke PdPc Matematik 
Mohd Nizam Mad Tahir


Majlis Perasmian Karnival Pustakob 
SMK Dato' Sedia Raja, Rembau 2018 


Majlis Perasmian Karnival Pustakob 
SMK Dato' Sedia Raja, Rembau 2018  


Backdrop PdPc Matematik sempena Karnival Pustakob 
SMK Dato' Sedia Raja, Rembau 2018  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan