Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Khamis, 16 Mac 2017

Digital Ink dan Green Screen IPG Kampus Pendidikan Teknik

Digital Ink dan Green Screen IPG Kampus Pendidikan Teknik
14-16 Mac 2017





Jom sertai group Facebook PdPc Abad 21 Malaysia untuk kongsi antara teknik dan kaedah PdPc Abad 21.
https://www.facebook.com/groups/1445409072158304/ 

DIGITAL INK

Digital ink ialah satu teknik yang digunakan untuk menggantikan penggunaan tradisional whiteboard dalam kelas. Ia sangat mudah digunakan, menjimatkan masa, boleh zoom in out supaya pelajar boleh nmpk dengan jelas, boleh annotate atas dokumen pdf, boleh tayang buku teks digital, melukis graf, tayangan video dan annotate pada web browser.

Antara alatan yang digunakan ialah

1. Tablet laptop/ Laptop touch screen / laptop biasa / tablet / smartphone.
2. sambungan wayar / tanpa wayar (ke arah PA21 sbb students centre)
3. Meja kecik x-gear (supaya kedudukan posisi postur badan selasa semasa mengajar)
4. Projektor (ini wajib ada)
5. Pen / stylus

Jika tiada kelengkapan di atas, alat minimum yg perlu ada ialah laptop, dan projektor sahaja. annotate boleh guna mouse, jika nak lebih baik sila beli wacom, supaya boleh tulis.

Penggunaan tablet / smartphone juga sangat berguna untuk digital ink. Cikgu-cikgu boleh guna smartphone/tablet je mengajar dalam kelas.

software yg perlu install:

1. WINDOWS

drawboard pdf, one note, word, power point, pdf annotator, adobe reader DC, microsoft edge.

2. Tablet/smart phone

xodo pdf, pdf annotator, camscanner, ipevo whiteboard,



Jika menggunakan tablet/laptop touch screen sila beli stylus berharga rm3. dah boleh guna digital ink.


Green Screen

Green Screen merupakan layar hijau untuk merakam PdPc kita. Saya pun dalam proses merakam PdPc saya, sikit-sikit, tunggu cukup alatan, insya Allah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan