Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Selasa, 3 Disember 2013

Banjir 2013 : Remaja Lelaki Korban Banjir di Kemaman, Seorang Kanak-Kanak Masih Hilang


KUALA LUMPUR: Banjir yang kini melanda Kemaman, Terengganu meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Padang Kubu, Kijal pada Isnin.
Menurut Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, beliau turut dimaklumkan seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam kejadian air pasang besar, juga di Kijal.
Berdasarkan laporan Bilik Gerakan Banjir daerah Kemaman, lebih 1,000 mangsa daripada 483 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kata Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, kepada pemberita di sini, Selasa.
Katanya Jabatan Penerangan telah dikerah ke semua kawasan terjejas bagi memastikan mangsa mendapat maklumat terkini berhubung bencana banjir di kawasan masing-masing.
Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara sudah membuat persediaan rapi dengan menghantar bekalan dan bantuan awal ke kawasan yang dikhuatiri akan terjejas banjir.
Selain Terengganu, banjir turut melanda Johor yang membabitkan 4,765 mangsa setakat ini dan Pahang dengan kira-kira 5,000 mangsa. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan