Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 21 Mac 2012

Result SPM 2011 – 506 Calon Dapat Semua A+. Sekolah Alam Shah Terbaik SPM!!

Result SPM 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya. Macam biasa, seperti statistik sebelum-sebelum Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya diumumkan sebagai sekolah terbaik peringkat wilayah persekutuan bagi peperiksaan SPM 2011

Bilangan Pelajar Cemerlang Result SPM 2011 (A+)

  • Result SPM 2010 – 403 pelajar lulus cemerlang.
  • Result SPM 2011 – 506 pelajar lulus cemerlang.
Manakala berdasarkan laporan Mstar mengatakan seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh result spm 2011 iaitu gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.Kedua-dua fakta yang dilaporkan oleh (Bernama + Berita Harian) adalah benar. Cuma bezanya di sini adalah :

  1. calon sekolah KPM ialah calon yang berdaftar melalui sekolah masing-masing
  2. calon bermaksud di sini ialah calon berdaftar melalui sekolah + calon persendirian (calon swasta)

Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Kepada yang berjaya, kami ucapkan tahniah kepada anda. Yang tak berjaya perjalanan anda tidak berhenti di sini. Perjuangan untuk menimba ilmu baru sahaja bermula. Kepada ibubapa di sini, jika anak-anak anda kurang berjaya tidak usah lagi memarahi dan memandang rendah kepada keupayaan mereka. Dalam situasi ini, mereka perlukan anda semua. Kembalikan semangat mereka. Kenali potensi mereka untuk mengorak langkah seterusnya selepas ini berdasarkan result SPM 2011 yang baru sahaja dikeluarkan ini…

Peperiksaan SPM bukan semua bab yang keluar. Elakkan melihat kepada gred subjek semata.

  • Kena perhatikan dan tahu bab apa yang anak anda mahir
  • bab apa yang anak anda lemah

Contohnya, dalam Matematik Tambahan ada bab kebarangkalian, ada juga kalkulus.

  • Mungkin anak anda bagus dan mahir dalam kebarangkalian, tetapi lemah kalkulus. Nasihat kami elakkan bidang kejuruteraan
  • Jikalau lemah kebarangkalian, elakkan bidang sains aktuari

Dalam matematik moden pun ada banyak sub disiplinnya. Apa yang ingin kami sampaikan di sini adalah cuba maksimumkan keupayaan diri anak anda. Gunakan bakat akal yang berbeza, kemampuan yang berbeza pada diri anak anda. Ada yang visual, ada yang abstrak. Begitu juga dalam subjek Fizik. Dalam Fizik pun sama. Fizik adalah merupakan campuran antara elektrik/elektronik, dinamik, statik, dan lain-lain lagi. Ada juga bab yang overlap antara Fizik dan Kimia.

Semuanya beri indikator kepada keupayaan anak-anak anda untuk kuasai pelajaran di universiti. Melihat dan memperhalusi result SPM 2011 anak anda, mampu membutirkan banyak pilihan untuk dia.


1 ulasan: