Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 13 November 2013

UPSR 2013: Negeri Sembilan catat keputusan UPSR kedua terbaik


Pengarah Pendidikan Negeri, Kalsom Khalid, berkata jumlah calon yang mendapat keputusan semua A adalah sebanyak 11.7 peratus berbanding 11.4 peratus tahun lalu.
Katanya, pencapaian keseluruhan calon luar bandar pada tahun ini juga bertambah baik berbanding tahun lalu. 
sumber : berita harian

UPSR 2013: Melaka catat keputusan UPSR kedua tertinggi

AYER KEROH: Melaka mencatatkan keputusan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kedua tertinggi di Malaysia apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN), 2.13. 


Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang mengumumkan keputusan berkenaan di sini sebentar tadi berkata, seramai 1,443 calon mencatatkan pencapaian cemerlang semua A daripada 13,917 yang menduduki peperiksaan itu tahun ini. 
"Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus iaitu daripada 9.7 peratus pada 2012 kepada 10.4 peratus pada tahun ini.


"Sementara itu GPN negeri juga meningkat dari 2.17 pada tahun lalu kepada 2.13 bagi keputusan tahun ini. Secara keseluruhannya, keputusan tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh sembilan tahun," katanya ketika mengumumkan perkara itu di Auditorium Yayasan Melaka di sini.
sumber : bharian

Golongan Muda Hidap Diabetes Meningkat


Salah seorang pesakit diabetes sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
PETALING JAYA: Jumlah pesakit diabetes terus meningkat dan lebih membimbangkan statistik menunjukkan lebih ramai golongan muda di Malaysia menghidap penyakit tersebut.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) baru-baru ini menunjukkan hampir dua kali ganda mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun menghidap penyakit ini berbanding pada 2006.
Dengan satu daripada lima golongan dewasa di Malaysia berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetes, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, keadaan ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan kualiti kehidupan, terutamanya apabila komplikasi penyakit berlaku.
"Hakikatnya bahawa ia menjejaskan golongan muda sekali gus memberi kesan kepada produktiviti dan ekonomi, amat membimbangkan. Ia juga menjejaskan kualiti kehidupan," katanya.
Menurut kajian NHMS pada 2011, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 4.5 juta pada 2020.
Kajian itu turut menunjukkan peningkatan pesakit diabetes dalam pelbagai peringkat usia - hampir dua kali ganda dari 4.95 (dalam kajian pada 2006) kepada 9.4% bagi mereka yang berusia antara 30 dan 34 tahun dan dari 6.4% kepada 10.9% untuk mereka yang berusia antara 35 dan 39 tahun.
Bagi mereka yang berusia 40 hingga 44 tahun, jumlah pesakit itu meningkat dari 10.3% kepada 17.6% manakala golongan berusia antara 45 dan 49 tahun - meningkat daripada 15% kepada 20.6%.
"Selain disebabkan faktor genetik, diabetes merupakan penyakit gaya hidup yang berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat. Kita juga mempunyai perubahan dalam gaya hidup iaitu mengurangkan aktiviti fizikal," kata Dr Subramaniam.
Beliau berkata, kira-kira 53% rakyat Malaysia masih menjalani diagnosis.
"Ini bermakna pesakit mungkin terlambat mendapatkan rawatan dan kos untuk merawat komplikasi berkaitan penyakit diabetes akan menjadi mahal apabila mereka menerima rawatan," katanya.
Dr Subramaniam berkata, peningkatan jumlah pesakit diabetes dan lambat menjalani diagnosis akan terus memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan awam.
Beliau memetik kajian pada 2010 yang menganggarkan kos rawatan untuk pesakit diabetes membabitkan 16% daripada peruntukan penjagaan kesihatan negara atau RM2.4 bilion.
"Ini adalah suatu jumlah yang besar," katanya.
Beliau berkata, kesannya sudah dapat dilihat dengan peningkatan bilangan pesakit diabetes di klinik kesihatan dan kemasukan ke hospital akibat komplikasi penyakit tersebut.
"Ini secara tidak langsung memberi implikasi kepada kerajaan dalam terus menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti kepada rakyatnya. Ia juga akan menjejaskan produktiviti dan memberi kesan buruk kepada pembangunan ekonomi," katanya.
sumber : the star

UPSR 2013: 42,646 Calon Dapat Semua A


PETALING: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang diumumkan pada Khamis menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata 42,646 atau 9.15% daripada 466,167 calon mendapat semua A.

Selasa, 12 November 2013

FADHILAT PUASA SUNAT ASYURA’


Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Bibiografi
  1. Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.
  2. Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.
  3. Sunan Abu Daud
  4. Al-Lafzu al-Mukram bi Fadhaili ‘Asyura al-Muharram, Ibnu Nasaruddin ad-Dimasyqi, Rimadi lin-Nasyr

IBU CERITA PENGALAMAN NGERI – HANTAR ANAK KE TASKA TAMAN MELATI


Admin tertarik dengan artikel dalam satu blog peribadi mengenai pengalaman seorang ibu menghantar anak ke Taska didakwa berlaku penderaan tersebut. Melalui pendedahan ibu yang juga seorang blogger, kelakuan anaknya berubah semenjak dimasukkan ke taska tersebut. Jom ikuti artikel yang panjang namun padat dengan informasi yang kita tidak ketahui:
Assalamualaikum.. Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar untuk pengetahuan UMUM..
Anak-anak aku ada pengalaman buruk dengan TASKA PERMATA HARAPAN ni.. semua salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja..
Aku mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar dari sekolah..
PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK
1) ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia..
-Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )
2) ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA
-Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)
3)TASKA TANYA – Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO..
-TASKA JAWAB – Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. )
4) Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih ..
PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK
1) SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH.. (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )
2) Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

3) Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. “Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka..
4) BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag..
5) ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA..
6) SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor … cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..
7) Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT..
8) AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video .. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer..
PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK
1) Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP..” AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)
2) Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak mereka di sana.. cakap.. ” KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi..” – Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. )
3) FINAL KEPUTUSAN DICAPAI..
Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. ” ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT”
Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. ” ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia
Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..
Pengalaman mengajar aku dan HUBBY,
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA..
NASIHAT PUAN NORLI
  1. JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang..
  2. Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check..
  3. Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu ..”CIKGU MANA YANG BUAT ADIK…. !! sure.. anak cakap nanti..
  4. Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
  5. Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan..
  6. Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang…
(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )
TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM
Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA..
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang

Tun M Gesa Ajar Semula Sains & Matematik Dalam BI


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi gesaannya bagi sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Beliau berkata sains dan matematik kini merupakan ilmu yang amat penting dan perlu dikuasai rakyat Malaysia sekiranya Malaysia mahu maju dan mencapai status negara maju.
"Saya ingin merayu sekali lagi supaya sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Kita perlu bersikap realistik. Bahasa Melayu masih belum lagi menjadi bahasa sains dan matematik," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru Dalam Dunia Islam kali ke-2 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini, Selasa.
Beliau berkata sekiranya rakyat Malaysia tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik khususnya bahasa Inggeris saintifik dan teknikal, rakyat Malaysia tidak akan mampu bergerak seiring dengan kemajuan pesat dalam bidang itu.
"Pelajar, malah tidak akan diambil bekerja. Kebanyakan siswazah menganggur ialah mereka yang tidak fasih bahasa Inggeris. Adalah menyedihkan sekiranya pelajar cemerlang di sekolah tetapi mereka ditolak daripada diambil bekerja kerana tidak menguasai atau lemah dalam bahasa Inggeris," katanya.
Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu bersikap pragmatik. Pejuang bahasa kebangsaan mungkin berfikir nasionalisme ialah mengenai kemampuan bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik dan itu adalah salah.
"Nasionalisme ialah mengenai kejayaan dalam semua bidang dalam kehidupan, berupaya menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara anda dan bangsa anda, dihormati dan dikagumi orang lain, menjadi pemimpin dalam apa juga bidang yang anda ceburi dan berjaya berdiri sama tinggi. Itulah nasionalisme yang sebenar," katanya.
Dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama tersebut, Dr Mahathir berkata beliau dapati kerajaan tidak berminat untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
"Mereka ingin kembali kepada Bahasa Kebangsaan. Malangnya bidang ini tidak seperti bidang-bidang lain. Kalau belajar Geografi atau Sejarah isi kandungannya tidak berubah. Bertahun-tahun macam itu. Kalau sesuatu berlaku di sesuatu tempat, tidak boleh kata ia berlaku di tempat lain," jelasnya.
Dr Mahathir berkata sains adalah berbeza kerana sepanjang masa ada penyelidikan dibuat dan pengetahuan baharu dengan benda-benda baharu diperkenalkan.
"Benda-benda yang tidak disangka pun diperkenalkan. Biasanya oleh penyelidik-penyelidik dalam kertas kerja yang mereka sediakan. Kertas kerja ini 98 peratus dalam bahasa Inggeris," jelasnya.
Katanya, kalau tidak belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sukar untuk ikut perkembangan ilmu semasa dan boleh ketinggalan.
"Saya orang Melayu. Saya sayang bahasa saya. Tapi saya lebih utamakan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa. Kalau tidak hendak guna bahasa Inggeris, kemungkinan ialah ketinggalan dari segi ilmu dan tidak boleh bersaing dengan orang lain. Malaysia tidak boleh jadi sebuah negara maju.
"Ilmu sudah berkembang dengan pesat tetapi orang Melayu tidak boleh dapat ilmu kerana ia tidak datang dalam bahasa Melayu," katanya.
Dr Mahathir turut mencadangkan kurikulum pelajaran agama Islam disemak semula.
"Saya dapati kebanyakan guru mempunyai ilmu tapi tekanan terhadap pembentukan peribadi yang baik tidak diutamakan. Apa yang diutamakan ialah bagaimana mengerjakan sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi agama Islam turut beri panduan bagaimana untuk menjadi manusia yang baik," katanya. BERNAMA