Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 6 November 2013

Mengenal 4 Buah Kitab

Kitab Taurat


Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Ibrani. Dalam Kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman (Muhammad s.a.w.) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail a.s. Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.

Kitab Zabur

Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Qibthi. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum perundangan. Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, cerita, zikir, doa serta hikmah-hikmah. Oleh sebab itu Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri, ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa

Kitab Injil

Kitab Injil diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Suryani. Diantara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar mengEsakan Allah s.w.t. Kitab Injil juga memberitakan akan kelahiran seorang nabi dan rasul diakhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebenaran Allah s.w.t. Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama "bible" kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini terbahagia kepada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan Perjanjian Lama (Old Testament). Kedua bahagia Injil yang dinamakan dengan Perjanjian baru (New Testament).

Kitab Suci Al Quran

Kitab suci Al Quran adalah sebuah kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia mahupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan di dalam Al Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam Al Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap dipelihara oleh Allah s.w.t.

9 Kelebihan Kota Suci Madinah




Banyak hadis Rasullulah saw yang menyebut tentang kelebihan Madinah dan buminya, kelebihan tinggal dan beramal di dalamnya, juga larang-larang daripada melakukan kejahatan di dalamnya. Di sini akan di sebutkan beberapa hadis mengenai serta beberapa hukum yang berkaitan dengannya, semoga ia dapat menjadi renungan dan panduan kepada semua. 

1- Rasullulah Saw Menjadikan Madinah Sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya 

Maksudnya: 
"Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah." 

Menurut riwayat yang lain : "Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Mekah." (Hadis Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369)

Hukum Haram Madinah 



Menurut Jumhur ulama' (Imam Maliki,Syafie dan Ahmad) haram menangkap binatang perburuan dan memotong pokok-pokok yang tumbuh di Madinah . Ini berdasarkan hadis : 

Maksudnya : "...dan aku mengharamkan Madinah di antara dua tanah hitamnya , jangan dipotong pokoknya dan jangan ditangkap bintang perburuannya." (Hadis Muslim No.1362)

Sesiapa yang melakukannya hendaklah meminta ampun dan bersitighfar bertaubat kepada Allah dan tidak dikenakan sebarang denda ke atas mereka. 

Namun menurut pendapat Ibnu Abi Zi'b,Ibnu Abi Laila dan Ibnu Al-Munzir; dikenakan denda ke atas mereka seperti denda membunuh perburuan atau memotong pokok di tanah haram Mekkah. 

Pendapat qadim (lama) Imam Syafie dan satu riwayat dari Imam Ahmad pula hukuman ke atas mereka yang melakukannya ialah salab: diambil semua barang yang ada bersamanya kecuali pakaian yang menutupi auratnya sahaja. (Imam Nawawi,Syarah Sahih Muslim 9/134-139 Al Hafiz Ibnu Hajar)

2- Amaran atau Ancaman Melakukan Kezaliman atau Maksiat di Madinah. 

Maksudnya: "Madinah adalah tanah haram , letaknya di antara Bukit E'ir dan Bukit Thur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) di dalamnya, maka ke atasnya laknat Allah ,Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya samada yang wajib atau sunat tidak diterima  oleh Allah daripada pada hari kiamat" (Sahih Al-Bukhari No.6755,1870,Sahih Muslim No.1370) .

3- Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah .

Maksudnya : "Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya".(Sahih Muslim No.1378)

4- Kelebihan Mati Di Madinah 

Maksudnya : "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah ." (Dr.Ar-Rifa'i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail madinah ms.264)

Mafhum hadis ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab ra. : 

"Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau saw. 

5- Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi . 

Maksudnya : "Sesiapa yang memasuki masjid kami untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah , dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain."
(Fadhail Madinah ms 510,Al-Albani , Sahih Al-Jami' As-Soghir No.6184, ahih Sunan Ibnu Majah No.184)

6- Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal dan Wabak Taun ; 

Maksudnya : "Di setiap pintu Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah."(Sahih Al-Bukhari No.1890) 

7- Madinah Sebagai Tapak Iman .

Maksudnya :"Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaiman ular kembali ke lubangnya."(Sahih Al-Bukhari No.1876,Sahih Muslim No.147) 

8- Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi. 

Maksudnya : "Pahala sembahyang di Masjid ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjid Masjidil Haram.(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim No.1394) 
Juhmur Ulama berpendapat : "Semua bangunan tambahan selepas zaman Rasullulah saw adalah termasuk dalam "Masjidku". Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda." 

9- Kelebihan Bersolat 40 Solat Di Masjid Nabawi 

Makudnya : "Sesiapa bersolat 40 waktu solat (mengerjakan solat 5 waktu berjemaah selam 8 hari berturut-turut) di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun , maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka , keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya nifaq." 

Hadis ini dipertikaikan kesahihnya kerana salah seorang daripada perawinya "Nubait bin Umar" dianggap dhaif (lemah) . 

Walaupun begitu , perlu diingatkan kepada sesiapa yang berkesempatan , hendaklah mengerjakan solat di majid Nabawi dengan sebanyak mungkin , kerana sebagaimana yang telah disebutkan bahawa satu solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram. Solat di  Masjidil Haram Mekah menyamai seratus ribu (100,000) solat. 

Syeikh 'Atiyyah ra berkata : Hadis yang menggalakkan bersolat 40 waktu solat di Masjid Nabawi mungkin untuk membiasakan diri dengan solat berjemaah dan beramal soleh yang akan menjadikan dirinya sentiasa terikat dengan masjid. Lebih-lebih lagi jemaah yang datang jauh , semoga selepas pulang ke tempat asal akan istiqamah dengan ibadat solat berjemaah ini. Sekiranya setelah mendapat latihan ini tapi kembali seperti sebelumnya , tidak menunaikan solat dengan baik atau tidak berjemaah maka ini adalah satu kerugian yang besar .  (Tafsir (tatimmah) Adwa' Al-Bayan 8/574) . 
Sehubungan dengan ini Imam Abu Isa At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Anas ra. 

Maksudnya : "Sesiapa mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari dengan sempat bertakbir pertama (takbiratul Ihram), maka ditulis untuknya dua kelepasan; keselamatan daripada api neraka dan terlepas daripada bahaya nifaq ." (Sunan At-Tirmizi 2/7 No.241,Sahih Sunan At-Tirmizi No.200) 

Dan banyak lagi hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan Madinah. Untuk penjelasan yang lebih tentang kelebihan Madinah , pembaca di sarankan untuk merujuk kitab Al-Hadis Al Ardahatu Fi Fadilal Madinah . 

Sumber : 

Buku "Kelebihan Kota Suci Madinah" 
Halaman 4-11 

Panduan Lengkap Solat Jamak dan Qasar.




Islam memberi kemudahan kepada orang mukmin meringkas atau memendek solat dalam pelayaran,ketika sakit,dalam peperangan atau lain-lain keadaan darurat . Dalam istilah fiqh solat seperti ini dipanggil "Solat Qasar". 

Kemudahan lain mengenai kewajipan solat dalam keadaan-keadaan tertentu ialah mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu, dipanggil "Solat Jamak" 

Solat Qasar 

Kemudahan mengqasar solat bagi para musafir di sebut dalam al-Quran ayat 101 Surah An-Nisa : 


Beberapa Hadis Rasullulah saw dan para sahabat juga menjelaskan antara lain : 

Saidina Umar Al Khattab berkata : 
"Solat Jumaat dua rakaat dan solat musafir dua rakaat , sempurna bukan qasar . Demikian diperintah oleh Allah atas lidah Nabi-Mu" (Riwayat An-Nasaai) 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Al-Baihaqi dari Yahya bin Yazir , katanya : 
"Saya bertanya kepada Anas bin Malik tentang qasar solat , maka Anas menerangkan : "Adalah Nabi saw apabila pergi 3 batu atau satu farsakh nescaya baginda solat 2 rakaat (qasar solatnya) . 

Dalam riwayat lain yang disebut oleh Ibnu Umar : 
"Walaupun jika saya safar satu batu saya akan qasarkan solat" 

Bukhari dan Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berkata : 
"Ketika Rasullulah saw menakluk kota Makkah , baginda tinggal di sana 19 hari , dan selama itu baginda solat 2 rakaat."

Daripada beberapa riwayat di atas orang ulama termasuk Ibnu Hazam berpendapat bahawa perjalanan yang paling dekat boleh dinamakan safar iaitu perjalanan sejauh 1 batu  (lebih kurang 1.8km) 

Namun para ulama lain menjelaskan bahawa untuk lebih selamat , perjalanan yang paling dekat dipanggil safar iaitu 3 farsakh atau kira-kira 3 batu (5.4km). 

Sebahagian ulama lain berkata perjalanan yang paling pendek boleh dipanggil safar iaitu sejauh 2 marhalah atau 3 marhalah atau jarak berjalan kaki sehari malam. 

Dari pendapat ulama yang terakhir ini, maka perjalanan yang boleh dipanggil safar ialah sejauh 80.6km yang menyamai kira-kira 50 batu walaupun jarak safar yang paling pendek menurut para sahabat hanya 3 batu atau 4.8km sahaja. 

Lain-lain syarat yang membolehkan solat qasar dalam safar ialah ; 
1- Tujuan perjalanan bukan kerana maksiat. 
2- Solat yang dikerjakan ialah solat tunai bukan solat qada'
3- Niat qasar hendaklah ketika takbiratul ihram. 
4- Dibolehkan qasar solat 4 rakaat iaitu zohor,asar dan isyak. Solat subuh dan maghrib tidak boleh qasar. 

Solat Jamak

Kemudahan solat, dengan menggumpulkan 2 solat dalam satu waktu (solat jamak dan qasar) juga berdasarkan Hadis dan Sunnah Rasullulah saw.

Menurut satu riwayat dari Anas menerusi Bukhari dan Muslim: 
"Dari Anas, katanya: Rasullulah saw apabila berangkat dalam perjalanan sebelum waktu zohor ke waktu Asar, kemudian baginda
berhenti dan jamakkan (zohor dengan asar).Jika telah masuk waktu zohor sebelum berangkat baginda solat zohor dahulu."

Dalam riwayat lain dari Muaz menerusi Imam Tirmizi dan Abu Daud disebut bahawa dalam peperangan Tabuk Rasullulah saw mengerjakan solat zohor bersama asar pada waktu zohor. Baginda juga mentakhirkan solat zohor dengan asar pada waktu asar. 
Apabila baginda solat maghrib pada waktu maghrib, baginda sertakan solat isyak bersama solat maghrib . Dan apabila baginda takhirkan Maghrib pada waktu isyak bersama maghrib. 

Ibnu Abbas ra meriwayatkan menerusi Bukhari: 
"Rasullulah saw sering menjamak zuhor dan asar apabila baginda dalam pelayaran. Begitu juga, diantara Maghrib dan Isyak." 

Dalam hadis tadi jelaslah bahawa solat jamak boleh dibahagikan kepada 2 iaitu: 
1- Jamak taqdim (didahulukan) 
2- Jamak takhir (dikemudiankan) 

Lebih jelas lagi , jamak taqdim ialah mengerjakan solat zohor bersama asar pada waktu zohor, dan solat maghrib bersama isyak pada waktu maghrib. 

Solat jamak takhir pula ialah mengerjakan solat isyak bersama maghrib pada waktu isyak.

*solat subuh (2 rakaat) tidak boleh dijamakkan samada jamak takdim atau jamak takhir. 

Syarat-syarat lain tentang solat jamak taqdim ialah : 
1- Hendaklah dimulai dengan solat pertama; iaitu zohor diikuti solat Asar atau Maghrib diikuti dengan isyak.
2- Berniat jamak ketika takbiratul ikram. 
3- Berturut-turut seolah-olah kedua-dua solat itu adalah satu solat sahaja. 

*Jika seorang musalli yang mengerjakan solat jamak dan qasar , hendaklah disertakan juga niat solat qasar dan jamak ketika takbiratul ikram. 

Bagaimanapun sebahagian ulama termasuk Ibnu Taimiyah berpendapat niat jamak dan qasar tidak perlu dalam solat yang diqasarkan sepanjang pelayaran, kerana rasullulah saw ketika dalam pelayaran telah mengerjakan solat jamak dan qasar tanpa menyuruh para sahabatnya berniat jamak dan qasar. 

Dalam kata lain, menurut mereka solat jamak dan qasar dalam pelayaran adalah satu rukhsah atau kemudahan tabi'in bagi para musafir dan mereka tidak perlu berniat untuk menjamak dan menqasarkan solat mereka ketika takbiratul ikram. 

Sebahagian mereka juga berkata , syarat berturut-turut (mualat) dalam solat jamak juga tidak perlu kerana syarat itu menghilangkan sifat rukhsahnya. 

Dalam sebahagian kitab fikh, solat jamak dibolehkan dalam beberapa keadaan : 

1- Ketika berada di Arafah dan Muzdalifah. 
2- Safar dalam pelayaran. 
3- Kerana hujan lebat
4- Kerana sakit atau uzur 
5- Kerana hajat.

Niat Solat Jamak dan Qasar

1-Contoh Niat Qasar Zohor (dipendekkan)

"Sahaja aku solat fardu zuhor dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

2-Contoh Niat Jamak Maghrib di dalam waktu isyak (jamak takhir)
"Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat dijamak dengan isyak kerana Allah Taala"

Sumber ; 

Petikan "Buku Solat Rasullulah" 
Halaman 100-110
Mustafa Suhaimi

Nasa Menyembunyikan Kehebatan kota Mekah





Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”


Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

SPM 2013: Dia ceria pagi ini, sempat cium tangan saya, kata ayah calon SPM yang meninggal dunia

KOTA BAHRU: "Pagi tadi, sebelum peperiksaan dia ceria dan sempat cium tangan saya," kata Arifin Deraman, 48, bapa kepada pelajar yang meninggal dunia ketika sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pagi ini.

Bernama melaporkan, Ariffin, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut sempat membawa Nursyazwani ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini selepas diberitahu mengenai anaknya rebah ketika baru 30 minit menduduki kertas Bahasa Melayu 1, di sekolahnya di Maahad Saniah, Pasir Puteh, kira-kira 8.45 pagi tadi. 
Ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan, Arifin berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini. 


"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa. 

"Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.

Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.

"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal. 

sumber: bharian

Selasa, 5 November 2013

SPM 2013: Seramai 470,395 Calon Duduki SPM Hari Ini


KUALA LUMPUR: Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini (Rabu) hingga 5 Disember depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 22,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa dan SMK Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, tinjauan Bernama mendapati calon-calon membuat keputusan bijak untuk datang awal ke sekolah dan mengelak kesesakan lalu lintas.
Terdapat juga beberapa calon yang dilihat mengambil kesempatan untuk membuat rujukan terakhir bersama rakan-rakan mereka sebelum menduduki peperiksaan.
Calon dikehendaki menduduki bilik atau dewan peperiksaan seawal 7.50 pagi bagi mendengar taklimat dan mengisi butiran maklumat diri di kertas jawapan, iaitu 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
Hari ini, calon menduduki dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual bagi calon yang mengambilnya.
Di KUALA TERENGGANU, seramai 22,483 calon SPM menduduki peperiksaan itu di 180 buah peperiksaan melibatkan 1,513 petugas di seluruh negeri, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Zakaria Hussien.
"Seramai 58 calon SPM merupakan Calon Berkeperluan Khas (CBK)...kita sediakan kertas peperiksaan khas mengikut keperluan calon ini dan peruntukkan lebihan masa setengah jam untuk mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri di sini hari ini.
Menurutnya seramai 10 calon SPM menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seorang calon menduduki peperiksaan di Hospital Dungun.
Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata seorang calon SPM, Mohd Nor Alif Harun, 17, yang mengambil jurusan automotif dari SMK Sultan Omar di Dungun meninggal dunia pagi ini setelah lima hari koma akibat kemalangan jalan raya.
"Beliau telah dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) pada Jumaat di HSNZ dan meninggal dunia pagi tadi," katanya.
Di JOHOR BAHARU, seramai 57,090 calon menduduki SPM di 382 pusat peperiksaan di seluruh Johor.
Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A Ghani berkata daripada jumlah itu, seramai 51,170 calon adalah dari sekolah kerajaan, 2,836 calon dari sekolah swasta dan 751 calon dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 121 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 2,212 calon persendirian.
"Tahun ini, seramai sembilan calon yang menduduki peperiksaan SPM sebagai calon tahanan di Sekolah Menengah Integriti, Kluang dan seramai 19 calon di Sekolah Menengah Integriti, Muar. Mereka merupakan calon persendirian," katanya kepada Bernama.
Menurutnya sebanyak 290 sekolah kerajaan dan swasta terlibat dengan peperiksaan itu tahun ini dengan 3,682 petugas dilantik bagi memastikan kelancarannya.
Jabatan Pendidikan Johor juga membuat persediaan untuk menghadapi banjir sepanjang tempoh peperiksaan ini.

sumber : the star

SPM 2013: Syarat Wajib Lulus Sejarah Peringkat SPM Bukan Bebankan Pelajar - Idris Jusoh


Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh hadir membuat tinjaun pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Puteri Wilayah, Kuala Lumpur, Rabu. Seramai 135 calon menduduki peperiksaan SPM di sekolah itu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah negara.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia sebagai usaha untuk mendidik pelajar menjadi warganegara yang baik.
"Bukan niat kita untuk tidak meluluskan mereka, kita memang berniat meluluskan mereka tetapi setidak-tidaknya biarlah mereka tahu asas sejarah negara.
"Kita lihat apabila ia (mata pelajaran Sejarah) tidak diwajibkan, ramai menganggap Sejarah sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung tidak ingin mengetahui sejarah negara, langsung tidak tahu apa yang jadi zaman dahulu, dan tidak hargai keadaan masa kini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi lawatan hari pertama peperiksaan SPM yang bermula hari ini hingga 5 Disember di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah di sini.
Pada 2010, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan SPM mulai 2013.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.
Idris berkata seramai 470,395 calon seluruh negara menduduki SPM tahun ini dengan bilangan pusat peperiksaan sebanyak 3,616 dan 139 kertas peperiksaan.
Katanya, 30,863 kakitangan dan 24,332 pemeriksa kertas turut ditugaskan dalam peperiksaan itu.
Menjawab mengenai syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris mulai tahun 2016, Idris berkata pelbagai persediaan telah dijalankan untuk memudahkan pelajar dan guru termasuk memberi latihan dan bahan pembelajaran yang diperlukan. - BERNAMA